KENALI PSS

SEJARAH PUSAT SUMBER BANDAR MAS

Sejarah Pusat Sumber Sekolah SK Bandar Mas bermula apabila bermulanya sesi persekolahan Tahun 1982 dengan bangunan yang baru disiapkan di lokasi yang ada sekarang.  Sebelum itu, operasi SK Bandar Mas ditumpangkan di rumah peneroka dan SK Sungai Mas sejak dibuka pada 2 Januari 1979.

    Kini, PSS ditempatkan di tingkat 2, Bangunan Blok B di mana ditempatkan Perpustakaan dan Bilik Tayang. Perpustakaan berkeluasan 4 bay dan Bilik Tayang 3 bay.


Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Bandar Mas telah dipindahkan ke bangunan baharu mulai Disember 2011 dan telah mula beroperasi mulai 4 Januari 2012.  Bilik Perpustakaan, Bilik Tayang serta beberapa bilik khas seperti Bilik GPM (Guru Perpustakaan Media), Bilik GP (Guru Perpustakaan) dan bilik rakaman telah ditempatkan dalam satu kawasan di tingkat 3 Blok A. Kawasan bilik tersebut seluas 10 bay.

          Bilik-bilik tersebut dilengkapai kemudahan pendingin hawa, perabut dan kerusi meja murid. Tetapi, rak-rak buku tidak dibekalkan. Jadi, terpaksalah Perpustakaan menggunakan rak buku besi yang setinggi 6 kaki yang telah mula berkarat itu.


VISI DAN MISI 

VISI

Mewujudkan warga sekolah yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi

 

MISI

ü Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi

ü Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti

ü Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi

ü Insan yang berinformasi

ü Mencanai minda yang bestari

ü  Membentuk warga sekolah yang berkualiti

 

MOTTO

ILMU MENJANA MINDA GEMILANG

 


PIAGAM DAN MATLAMAT

PIAGAM

1. Membantu meningkatkan kualiti pendidikan SK BANDAR MAS KOTA TINGGI,JOHOR

2. Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.

3. Membentuk generasi yang gemar membaca dan berilmu pengetahuan.

4. Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan penyaluran maklumat kepada warga SK BANDAR MAS KOTA TINGGI,JOHOR

 MATLAMAT


 


SISTEM S-LIB 

 

Perisian ini dibeli daripada Syarikat HDA Integrated Solution Sdn. Bhd. Pejabat syarikat ini di Sungai Petani, Kedah. Pihak SKBM membeli perisian ini dengan harga RM2700.00 pada bulan Ogos 2010. Bahan yang dibekalkan ialah Perisian S-Lib, 2 keping CD install/panduan  dan sebuah "barcode scanner".

        Bermula pada September 2010, PSS telah memasang perisian ini dan seterusnya memasukkan maklumat ahli dan bahan buku. Namun demikian, hanya sejumlah 2028 buah buku yang dapat dimasukkan maklumatnya menjelang Januari 2011 walaupun perisian ini mempunyai "data bank" maklumat buku bagi memudahkan kerja memasukkan maklumat buku.

       Walau bagaimanapun, pihak PSS dapat memulakan operasi S-Lib ini pada minggu ke-3 Januari 2011. Sebelum itu, guru-guru telah diberi taklimat dan kursus dalaman. Pada minggu ke-2  bulan Januari 2011, semua Pengawas PSS telah diberi taklimat di Makmal Komputer.

         Perisian ini memudahkan operasi sirkulasi bahan PSS.  Pelbagai jenias laporan seperti peminjam terbanyak setiap bulan, laporan pinjaman mengikut kelas, jumlah buku yang popular dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.

      Sesungguhnya, dengan beroperasinya S-Lib, PSS SKBM kini setanding dengan perpustakaan di tempat lain. PSS SKBM perlu merealisasikan cita-cita berikut bagi kecemerlangan S-Lib khasnya:

    1.  Menambah bilangan komputer.

    2.  Menggiatkan promosi menarik minat pengguna

    3.  Menambah kecekapan Pembantu PSS

    4.  Memasukkan maklumat bahan bukan cetak.

    5.  Memaksimumkan ruang di menu Program NILAM.