SEJARAH RINGKAS SEKOLAH :
SMK Taman Sri Muda (SMKTSM) memulakan sesi persekolahannya pada 1 Disember 1993.
SMKTSM menumpang di SMK Seksyen 24, Shah Alam dan diseliakan oleh Puan Lim Siew Khim.
Seramai 232 orang murid memulakan sesi persekolahan. Bilangan guru 12 orang dan muridnya ditempatkan dalam 2 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1. Pada 1 September 1994, SMKTSM memulakan sesi persekolahan di bangunan baharu yang terletak di Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam.
SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH :
Pusat Sumber Sekolah diwujudkan setelah bangunan sekolah beroperasi. Pusat Sumber ditempatkan di Blok A bangunan SMK Taman Sri Muda. PSS terletak di aras 2 blok tersebut yang terdiri daripada bilik perpustakaan , bilik alat pandang dengar 1 , bilik alat pandang dengar 2 , stor , bilik ABM dan bilik SAL tetapi atas tujuan menaiktaraf bilik - bilik khas sekolah , Bilik SAL telah ditukar menjadi Bilik Redaksi Majalah Sekolah manakala pada tahun 2013 , bilik alat pandang dengar telah dinaiktaraf , sekaligus telah menggantikan bilik ABM dan stor. Bilik ABM ditempatkan di bilik - bilik khas panitia mata pelajaran masing - masing. Pada tahun 2021 , PSS diberikan nama "THE ATRIUM OF ERUDITE" .
VISI PSS :
Mewujudkan PSS yang lengkap dengan pelbagai kemudahan , perkhidmatan dan pengisihan ruang agar semua murid khususnya dapat menguasai Kemahiran Berfikir di samping membantu guru -guru mencari maklumat.
Mengekalkan prasarana menuju ke arah penggunaan komputer dan internet .
Melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang terbaik di daerah Hulu Langat Selangor dan seterusnya di peringkat negeri Selangor.
MISI PSS :
Memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada semua lapisan murid seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Membentuk generasi sekolah sebagai sebuah generasi berilmu pengetahuan luas dalam pelbagai bidang selaras dengan era multimedia.
PIAGAM PELANGGAN :
Membantu meningkatkan taraf murid - murid di sekolah ini.
Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.
Membantu murid - murid ke arah kecemerlangan akademik dan intelek.
MATLAMAT PSS :
Untuk menyokong Falsafah Pendidikan Negara.
Untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan pendidikan bermutu.
Melahirkan tabiat belajar dan kegembiraan menggunakan alat dan bahan pengajaran di kalangan murid dan guru.
Mewujudkan satu sistem pengurusan yang digabungjalinkan di antara bahan cetak dan bukan cetak.
Memupuk lagi daya pemikiran murid - murid secara kreatif dan inovatif.
Menggalakkan murid - murid dengan daya inisiatif sendiri membuat kerja - kerja projek dengan menggunakan sumber pelajaran yang ada di PSS
Membantu mencapai prestasi yang cemerlang dalam Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) , Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Pentaksiran Akhir Tahun dan SPM.
OBJEKTIF PSS :
Membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai kaedah dan media, kemudahan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran supaya tidak terikat dan bergantung hanya kepada buku teks dan kapur sahaja.
Menggalakkan pertumbuhan tabiat ingin tahu (inkuiri) supaya dapat menjalankan aktiviti belajar sendiri dengan menggunakan pelbagai media sesuai dengan minatnya.
Dapat menyediakan dan membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkan, mengguna dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memberi peluang dan memenuhi keperluan - keperluan setiap individu murid dan guru yang berbeza - beza.
FUNGSI DAN PERANAN PSS :
Sebagai pusat untuk mengurus, memperoleh, menghasilkan dan menyebarkan sumber maklumat.
Sebagai pusat yang memberi perkhidmatan menyediakan bahan - bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sebuah organisasi bank sumber, sumber kemahiran, kepakaran bahan - bahan, mudah dicari dan digunakan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Mengenal pasti sumber yang dipunyai, sumber manusia dan bukan manusia yang diperlukan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan kokurikulum sekolah.
Dapat menyediakan panduan, memberi galakan kepada guru dan murid untuk mencari, memilih, menghasilkan media yang sesuai untuk dirinya.
Dapat menilai bahan sumber yang baharu dan kemas kini dari segi kesesuaiannya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa.
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
HUBUNGI KAMI
Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda,
Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, 40400, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Emel PSS : tvpsssmktsm@gmail.com
Emel Admin : m-10661675@moe-dl.edu.my