PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
5.1 PERATURAN AM
5.1.1 Pusat Sumber dibuka pada hari Isnin hingga hari Jumaat , masa 8.30 pagi hingga pukul 4.30 petang.
5.1.2 Murid -Murid tidak dibenarkan masuk tanpa urusan.
5.1.3 Murid - Murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah , buku , minuman dan makanan serta payung ke dalam Pusat Sumber Sekolah (PSS).
5.1.4 Buka kasut dan susun di rak yang disediakan.
5.1.5 Semasa di dalam Pusat Sumber , murid - murid dilarang membuat bising , bercakap apabila perlu sahaja.
5.1.6 Sekiranya menggunakan alat elektrik , jangan lupa memadamkan suisnya sebelum meninggalkan Pusat Sumber.
5.1.7 Pastikan semua murid memasukkan kerusi ke dalam meja sebelum keluar dari Pusat Sumber.
5.1.8 Ketua Kelas dan Pengawas Pusat Sumber pastikan semua kerusi dan buku teratur sebelum menutup / keluar dari Pusat Sumber.
5.1.9 Masukkan sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan.
5.1.10 Berpakaian uniform sekolah yang lengkap.
5.1.11 Murid dilarang merosakkan bahan - bahan yang terdapat di dalam Pusat Sumber Sekolah (PSS).
5.1.12 Dilarang membawa keluar akhbar , majalah dan buku tanpa kebenaran.
5.1.13 Guru mata pelajaran yang membawa masuk murid ke Pusat Sumber Sekolah (PSS) dikehendaki berada bersama - sama murid sepanjang waktu mengajar di kelas tersebut.
5.1.14 Guru Perpustakaan dan Media Sekolah berhak mengarah murid - murid balik ke kelas semula ketika guru mata pelajaran tiada bersama - sama murid.
5.2 PERATURAN KHUSUS
Pelajar diminta tidak terlalu bising apabila memasuki perpustakaan.
Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
Pelajar tidak dibenarkan makan , minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis - suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran Guru PSS.
Pelajar dikehendaki duduk di tempat - tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak - rak , pintu dan kaunter.
Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
Pelajar dikehendakki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang sediakan.
1.3.0 Waktu Peminjaman dan Pemulangan :
Rehat 1
Rehat 2
Selepas waktu persekolahan sesi pagi
Sebelum waktu persekolahan sesi petang
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Pusat Sumber SMK Taman Sri Muda bertanggung jawab dalam melaksanakan pelbagai perkhidmatan untuk pengguna Pusat Sumber dalam melaksanakan pelbagai perkhidmatan untuk pengguna pusat sumber sekolah .
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
HUBUNGI KAMI
Pusat Sumber Sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda,
Jalan Sabar 25/83, Taman Sri Muda, 40400, Selangor Darul
Ehsan, Malaysia.
Emel PSS : tvpsssmktsm@gmail.com
Emel Admin : m-10661675@moe-dl.edu.my