SELAMAT DATANG KE E-PSS SMK KEDONDONG
TN. HJ. MOHD SHUKRI BIN JUSOH
Assalamualaikum w.b.tÂ
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia -Nya dapat merakamkan kata-kata aluan dalam Buku Pengurusan Sekolah Menengah Kedondong pada kali ini. Selamat menyambut lembaran baru dengan semangat kerja berwawasan buat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah yang saya kasihi dan hormati. Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah atas inisiatif menerbitkan Buku Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Semua AJK diharapkan dapat menjadikannya panduan dan rujukan dalam hal ehwal pengurusan PSS dan sekaligus menjadi penjana kepada potensi kecemerlangan akademik di sekolah ini. Malahan telah menjadi hasrat saya untuk menjadikan pengurusan Pusat Sumber Sekolah Berketerampilan, Unggul dan Gemilang.
Kesungguhan jawatankuasa pengurusan dan jawatankuasa kerja dalam menerbitkan buku ini merupakan satu usaha murni yang perlu diberi sokongan oleh semua warga sekolah ini dalam tindakan mengangkat martabat PSS agar berada dalam kelasnya yang tersendiri. Untuk itu saya berharap buku ini akan menjadi panduan yang berguna, khususnya kepada para guru bagi memastikan operasi pengajaran dan pembelajaran berorientasikan kapasiti kemudahan Pusat Sumber Sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberikan kesan besar kepada kejayaan sekolah.