SELAMAT DATANG KE E-PSS SMK KEDONDONG
Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong merupakan suatu sistem proses pengurusan yang memberi tumpuan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan sumber. Dalam konteks ini Pusat Sumber sekolah ini menjadi “entity subordinate” yang bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan, sekaligus memperkasakan kualiti modal insan warga sekolah ini.
Bagi menjamin tanggungjawab teras ini dapat dilaksanakan, pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berperanan secara aktif dalam mengurus sumber seperti guru-guru, kakitangan, pelajar, harta modal dan bahan-bahan maklumat dan teknologi melalui prosedur dan tindakan yang terancang. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap dan sistematik dapat memberi impak perkhidmatan yang efektif kepada semua pengguna yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan termasuk lain-lain ‘stake holders’.
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong bermula dengan sebuah bilik bacaan induk sahaja dan sebuah bilik APD yang terpisah dengan bangunan Pusat Sumber Sekolah. Bilik bacaan induk tersebut hanya berkeluasan dua buah bilik darjah dan mampu menampung seramai 80 orang pelajar. Sementara bilik APD pula hanya mempunyai keluasan sebuah bilik darjah dengan kapasiti 40 orang pelajar.
Bermula pada tahun 2008 bilik APD dipindahkan tempat operasinya berhampiran PSS induk. Kini PSS induk dapat menampung 120 orang pelajar dalam satu-satu masa.
Pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya. Selain dari bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. Untuk memudahkan pengurusan dan pengendaliannya, PSS induk dihubungkan dengan rangkaian computer secara ‘local area network’ ( LAN ) dengan koridor-koridornya.
Pelbagai kemudahan lain diciptakanuntuk tujuan penambahbaikan fungsi PSS. Keceriaan PSS menjadi sasaran utama memandangkan keadaan perabot dan rak-rak buku yang terlalu ‘out of date’. Usaha ini dijangka akan memberi kemudahan prasarana yang lengkap dan ceria serta suasana yang kondusif sebagai pemangkin iklim pembelajaran yang berkesan. Ruang-ruang pameran diwujudkan mengikut hari-hari penting yang perlukan penghayatan oleh warga sekolah. Ruang-ruang bacaan persendirian juga diadakan. Kemudahan teknologi digunapakai di APD bagi menggalakkan warga sekolah menggunakan ICT dalam proses P&P.
Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan fungsi PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong semakin pulih dan diharapkan menjadi sebuah PSS yang cemerlang dan seterusnya menjadi “ bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya.
Langkah sulung PSS untuk muncul sebagai PSS terbaik, PSS Sekolah Menengah Kedondong telah menyertai pertandingan Juara PSS peringkat daerah tahun 2009 dan 2010. Walaupun masih belum menempa nama sebagai juara tetapi adalah sebagai satu cabaran yang harus diteruskan.
Harapan kami semoga PSS sekolah terus gigih menjadikan semangat cintakan ilmu dan cintakan buku di kalangan warga sekolah.