PROFIL

MOTO PSS  - KEJAYAAN  ANDA ILTIZAM KAMI 

VISI PSS - MELAHIRKAN INSAN YANG BERINFORMASI ,BERTEKNOLOGI DAN BERKUALITI 



MISI  PSS


MENYAJIKAN KOLEKSI KHAZANAH INFORMASI  YANG TERKINI  DAN BERKUALITI



MISI  PSS


MENYAJIKAN KOLEKSI KHAZANAH INFORMASI  YANG TERKINI  DAN BERKUALITI



MISI  PSS


MENYAJIKAN KOLEKSI KHAZANAH INFORMASI  YANG TERKINI  DAN BERKUALITI



Selamat datang ke Digital Educational Learning Initiative Malaysia.


DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia adalah penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan satu inisiatif yang dibangunkan KPM yang menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital.

Ia memudahkan guru dan murid untuk menjalankan aktiviti PdPC dengan penggunaan platform digital secara tunggal yang mempunyai pelbagai perkara. Guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

KPM juga berkerjasama dengan pelbagai pihak dalam penyediaan kandungan pendidikan bagi memantapkan lagi platform pembelajaran maya ini.

Jadi, apa tunggu lagi warga SMKBK? Jom gunakan kemudahan yang telah disediakan.


Bahan Pengajaran

Daripada Guru Untuk Guru

Pandemik COVID-19 menggugat kelangsungan pendidikan di seluruh dunia. Namun, para guru Malaysia telah bergabung tenaga untuk mengumpul serta menghasilkan bank sumber bahan-bahan pengajaran untuk membantu semua guru terus melaksanakan tugas mendidik dengan lebih mudah, berkesan dan kreatif.

Berfokuskan 6 subjek: Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, ASK dan RBT Tingkatan 1, edisi 2020 dimulakan oleh kohort pertama Program Lanjutan Komuniti Guru Digital Learning (KGDL+). Pelbagai bahan seperti nota interaktif, video, slaid, kuiz dan bahan pantaksiran disediakan secara percuma di sini.

Selain bahan pengajaran berkualiti yang dihasilkan oleh guru KGDL+, laman ini turut memuatkan kandungan bermanfaat dari ruang Internet, dan hakcipta dimiliki sepenuhnya oleh penghasil kandungan tersebut.


Program Lanjutan Komuniti Guru Digital Learning atau KGDL+ ialah sebuah program khas untuk menjamin kelangsungan pendidikan di Malaysia. Program ini dianggotai para guru yang berinisiatif tinggi, dan bekerjasama untuk membina koleksi bahan pengajaran digital dengan inovatif, teratur dan bermakna.


WAKTU PENGURUSAN 

PELAN PSS 

JADUAL PENGGUNAAN 

PINJAMAN BUKU 

SISTEM TARANTULA -KEMASKINI TAHUN 10/2022 https://pss.tarantula.my/