6 November 2024
PESTA BUKU BORNEO 2024
Pesta Buku Borneo 2024 akan berlangsung dari 13 hingga 17 November 2024 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Acara ini akan menampilkan lebih daripada 90 reruai dan menawarkan 20,000 judul buku untuk pengunjung. Pesta ini merupakan peluang terbaik untuk pencinta buku mendapatkan pelbagai bahan bacaan dan berinteraksi dengan penerbit serta penulis tempatan. Jangan lepaskan peluang ini untuk memperkaya koleksi bacaan anda.
Sumber: Facebook Pesta Buku Borneo