PASM
(Pentaksiran Altenatif Sekolah Menengah)
Environment Based Assessment Instrument (EBAI)
Environment Based Assessment Instrument (EBAI)
PASM merupakan pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk MBPK. MBPK di sekolah menengah yang tidak menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)/ Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh menduduki PASM dan memperoleh Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM). Sesuai dengan kumpulan MBPK, PASM mempunyai tujuan istimewa iaitu untuk mengesan kebolehan (tapping into abilities) murid. Pentaksiran ini mengaplikasi model ERRA (EnvironmentReaction-Recognition-Acknowledgement) dan membawa ciri-ciri pentaksiran formal yang holistik, bersepadu dan berpusatkan murid. Pembinaan instrumen PASM yang dipanggil Environment Based Assessment Instrument (EBAI) adalah berasaskan standard yang mengambil kira ciri keterangkuman, keterbukaan dan keautentikan. Pentaksiran menggunakan EBAI meraikan kepelbagaian daripada segi pentaksir, instrumen dan reaksi yang dapat direkod sebagai eviden (tanda-tanda) kepada kebolehan MBPK. PASM dilaksana secara berterusan dan sistematik dengan berbantukan teknologi bermula daripada pendaftaran sehinggalah ke pensijilan MBPK.
JAWATANKUASA PASM TAHUN 2022 PPKI SMK DESA PETALING
RAKAMAN AKTIVITI