SMK TUNKU AMPUAN DURAH MERINTIS SEKOLAH BAROKAH
Suatu program pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
MATLAMAT PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)
Meningkatkan penyertaan & memberi peluang kepada MBPK mengikuti program akademik & bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBPK & percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.
GALLERY WALK PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)
SMK TUNKU AMPUAN DURAH
CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)
SMK TUNKU AMPUAN DURAH
INKLUSIF PENUH ( AKADEMIK )
MASALAH PENDENGARAN : 1 ORANG ( TINGKATAN 4 )
MASALAH PEMBELAJARAN : 1 ORANG ( TINGKATAN 2 )
JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR INKLUSIF PENUH : 2 ORANG
PENCAPAIAN PELAJAR INKLUSIF PENUH ( AKADEMIK ) TAHUN 2020 & 2021
Nama : Man Chun Tang
Kategori MBPK : Masalah Pembelajaran
Tahun Menduduki STPM : 2020
Keputusan PNGK STPM : 3.42
Pencapaian Terkini :
Sudah menamatkan pengajian di UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Sejarah) pada tahun 2024.
Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada guru-guru PRA U ( Tingkatan 6 ) SMK Tunku Ampuan Durah kerana telah berjaya mendidik Man Chun Tang sehingga ke peringkat ini.
Nama : Shwarnadurga a/p Ravindra Kumar
Kategori MBPK : Masalah Fizikal
Tahun Menduduki SPM : 2021
Keputusan SPM : 5A
Pencapaian Terkini :
Sedang melanjutkan pengajian ASASI SAINS di MSU, Shah Alam.
Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada guru-guru aliran perdana SMK Tunku Ampuan Durah kerana telah berjaya mendidik Shwarnadurga sehingga ke peringkat ini.
AKTIVITI PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF ( PPI )
Para pelajar PPKI SMKTAD dari kategori ketidakupayaan pendengaran lebih banyak dilibatkan dalam inklusif secara bukan akademik iaitu sosialisasi & kokurikulum. Antara program & aktiviti sekolah yang melibatkan para pelajar PPKI bersama pelajar arus perdana ialah :
Program solat zohor berjemaah.
Majlis bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat.
Perhimpunan rasmi sekolah pada setiap hari Isnin.
Program Integrasi Bahasa Isyarat.
Kelas Persediaan Malam (PREP) Asrama.
Karnival Sukan Asrama.
Kejohanan Merentas Desa Sekolah.
Kejohanan Olahraga Sekolah.
Majlis Restu Ilmu & Penetapan Azam
Bengkel Teknik Menjawab ... dan banyak lagi.
TARIKH : 11 JULAI 2023
PLC PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)
TARIKH : 29 JANUARI 2021
VIRTUAL CUSTOMIZED COURSE : SIGN LANGUAGE FOR INCLUSIVE TEACHERS
TARIKH : 9 HINGGA 11 MAC 2021
( PN NURULHUDA MOHAMED NOR & PN THILAKAVATHY A/P PASKARAN)
BACAAN TAMBAHAN BERKAITAN PPI