SMK TUNKU AMPUAN DURAH MERINTIS SEKOLAH BAROKAH
KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH
Para pelajar PPKI menyertai sesi pemilihan dan acara pertandingan bersama-sama pelajar aliran perdana. Mereka turut serta mewakili rumah sukan dan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.
Yong Chee Hung ( Tempat Kedua), Harris Safuan ( Tempat Ketiga) & Amar Hasri ( Tempat Kesebelas) Kategori L4 bersaing dengan para pelajar Pra U ( Tingkatan 6)
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH
ACARA TARIK TALI ANTARA PASUKAN PPKI ( BAJU PUTIH) DENGAN PASUKAN RUMAH KUNING (PELAJAR ALIRAN PERDANA)
PROJEK KRAFMANIA STAD
Penyelaras Projek : Cikgu Nurulhuda Mohamed Nor
Projek ini telah melatih para pelajar PPKI STAD menghasilkan produk rantai kunci berasaskan manik. Produk yang telah dihasilkan ini pernah menerima tempahan daripada orang perseorangan untuk dijadikan sebagai cenderahati (doorgift) majlis perkahwinan dan tetamu yang datang melawat ke sekolah. Para pelajar PPKI STAD juga pernah menghasilkan 200 unit rantai kunci ini untuk dijadikan cenderahati kepada para pelajar Pendidikan Khas di Bandung, Indonesia semasa PPKI STAD membuat lawatan penanda aras di Sekolah Tunanetra & Tunarungu, Bandung, Indonesia.
PERTANDINGAN KREATIVITI MENGGUBAH MAKANAN SEIMBANG
Tarikh : 20 JULAI 2022
Masa : Waktu Kokurikulum
Tempat : Kelas KSSMPK & Kelas 1 PK Muhriz
Penyelaras Pertandingan : Cikgu Chong Ai Peng
PERTANDINGAN SUDOKU
Tarikh : 27 JULAI 2022
Masa : Waktu Kokurikulum
Tempat : Bilik Aktiviti PPKI
Penyelaras Pertandingan : Cikgu Chan Bih Yee
PENGLIBATAN PELAJAR PPKI MENGADAKAN PERSEMBAHAN DALAM MENJAYAKAN PROGRAM PERINGKAT SEKOLAH
Contoh : Majlis Perpisahan, Majlis Persaraan, Sambutan Bulan Kemerdekaan dan banyak lagi.
PROGRAM SAMBUTANKEMERDEKAAN PPKI
Penyelaras Program : Cikgu Faridah Salleh
AKTIVITI-AKTIVITI PERTANDINGAN PPKI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022 :
PERTANDINGAN MOBILE PHOTO CONTEST
PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA POSKAD KEMERDEKAAN
PERTANDINGAN KHAT KEMERDEKAAN
KUIZ KEMERDEKAAN
Penyelaras Pertandingan : Cikgu Chong Ai Peng
Tarikh Tutup : 11 September 2022
Penyelaras Pertandingan : Cikgu Nurulhuda Mohamed Nor
Tarikh Tutup : 2 September 2022
PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN PPKI SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2021
AKTIVITI KALIGRAFI CINA
Para pelajar PPKI STAD turut sama melibatkan diri bersama para pelajar aliran perdana melakukan aktiviti membuat tulisan kaligrafi Cina anjuran Kelab Bahasa Cina SMK TAD.
SOLAT BERJEMAAH DAN BACAAN YASIN
Para pelajar PPKI SMK TAD turut sama melakukan aktiviti solat zohor secara berjemaah ( sebelum pandemik ) pada setiap hari Isnin hingga Khamis bersama-sama pelajar aliran perdana dan begitu juga dengan aktiviti bacaan Yasin. Begitu juga di asrama, para pelajar PPKI yang beragama Islam turut sama melakukan solat jemaah, bacaan Yasin dan solat Jumaat di surau sekolah bersama-sama para pelajar asrama aliran perdana.
PERTEMUAN PELAJAR INDIA
Para pelajar PPKI STAD yang berketurunan India menyertai perjumpaan bersama pelajar aliran perdana pada setiap hari Jumaat ( sebelum pandemik ).
PREP ASRAMA
Pelajar PPKI STAD yang tinggal di asrama mengikuti sesi PREP pada setiap malam bersama-sama pelajar asrama aliran perdana.
KARNIVAL SUKAN ASRAMA 2020
Para pelajar PPKI yang tinggal di asrama juga melibatkan diri dalam program Karnival Asrama dengan mewakili kumpulan masing-masing yang terdiri pelajar PPKI dan pelajar aliran perdana. Antara acara sukan yang disertai ialah bola jaring, badminton, bola tampar dan futsal.
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN AWAM,
MAJLIS RESTU ILMU & MAJLIS PENETAPAN AZAM