TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
8 JUN 2021 - 29 OGOS 2021
PPENDAFTARAN PERLU DIBUAT OLEH GURU PEMBIMBING/PENGURUS PASUKAN SAHAJA
PAUTAN PENDAFTARAN PERLU DI LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN DELIMA MOE GURU (g-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my)
PENDAFTARAN PERLU DIBUAT PADA PAUTAN DAERAH & NEGERI SEPERTI YANG DISEDIAKAN.
1 PENYERTAAN UNTUK 1 SEKOLAH BAGI SETIAP ACARA
PENDAFTARAN & PENGHANTARAN BAHAN PROJEK BERMULA 8/6/2021 - 29/8/2021
SEKOLAH RENDAH(4 ACARA)
SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja.
Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang sesuatu konsep sains dan melalui penghasilan Peta Pemikiran I-Think secara digital.
Membina Peta Pemikiran I-Think konsep sains berdasarkan topik-topik sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Penghasilan Peta Pemikiran I-Think boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Penghasilan Peta Pemikiran I-Think boleh dibina secara bebas dalam satu mukasurat bersaiz A4 menggunakan mana-mana perisian yang sesuai dan disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
Peta Pemikiran I-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Peta Pemikiran I-Think hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) kandungan isi dan fakta - 40 markah
(ii) keaslian - 20 markah
(iii) penggunaan peta minda dan grafik - 20 markah
(iv) susun atur dan ejaan - 10 markah
(v) kreativiti - 10 markah
Fokus STEM: Sains
SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja.
Fokus Pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid dalam menghasilkan poster yang mampu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4, berorientasi landscape atau potret dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Penghasilan poster mestilah berdasarkan tema :
i. Kekal Sihat, Kekal Bahagia / Stay Healthy Stay Happy
ii. Sayangi Alam Sekitar / Love the Environment
iii. Amalan Hijau Selamatkan Bumi / Going Green Saves the Planet
iv. Katakan Tidak Kepada Plastik / Say No to Plastics
v. Spesies Terancam: Jangan Biarkan Ianya Pupus / Endangered Species: Don't Let Them Disappear
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) persembahan dan reka bentuk (60 markah)
(ii) ketepatan tema (40 markah)
Fokus STEM: Sains
SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja.
Fokus pertandingan ialah meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan menyampaikan fakta-fakta sains dalam bentuk penceritaan.
Tema cerita berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Sekolah Rendah.
Persembahan hendaklah dirakam dan divideokan dalam tempoh 3 - 4 minit.
Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) Isi fakta Sains dan pengolahan - 40 markah
(ii) Persembahan - 20 markah
(iii) Bahasa dan Pertuturan - 20 markah
(iv) Kreativiti - 10 markah
(v) Pakaian - 10 markah
Fokus STEM: Sains
8 JUN 2021 - 1 SEPTEMBER 2021
JIKA ADA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI PENYELARAS PERTANDINGAN :
PN SITI FAZILAH BT HAMBALI (60 12-333 7617)
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid SK/SJKC/SJKT (Tahun 5 dan Tahun 6 sahaja) yang belajar di sekolah rendah seliaan Jabatan Pendidikan Selangor.
Setiap sekolah hanya boleh menghantar lima orang peserta.
Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian.
Segala prosedur pendaftaran dan pertandingan wajib diselia oleh guru pembimbing agar mencapai sifar kekhilafan.
Peserta mesti mendaftar melalui DELIMA (Contoh : m-123456@moe-dl.edu.my) masing-masing. Perkongsian emel adalah tidak dibenarkan. Sebarang emel peribadi adalah tidak diterima.
Peserta perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Peserta perlu menjawab soalan secara talian dengan keupayaan sendiri.
Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Peserta perlu menghantar jawapan sebelum masa tamat.
Terdapat 24 soalan yang disusun mengikut tahap kesukaran dalam tiga bahagian – Bahagian A, B dan C.
SEKOLAH MENENGAH(5 ACARA)
SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
Fokus pertandingan ialah menggalakan kreativiti murid-murid dalam penghasilan visual secara digital dalam memaparkan maklumat yang dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto.
Penghasilan infografik boleh dihasilkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Infografik mesti merujuk topik-topik sains/teknologi/kejuruteraan/matematik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Infografik mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Penghasilan Infografik dibuat menggunakan perisian yang sesuai, satu mukasurat bersaiz A4 dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
Infografik hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) ketepatan data - 40 markah
(ii) data infografik - 20 markah
(iii) keaslian dan kreativiti - 20 markah
(iv) rekabentuk - 10 markah
(v) persembahan maklumat - 10 markah
Fokis STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik
SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
Fokus pertandingan ialah penyampaian mana-mana konsep STEM dalam bentuk persembahan.
Bentuk persembahan adalah bebas dan penyampaian konsep STEM bergantung kepada kreativiti murid, dan boleh disampaikan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Sebarang elemen pembakaran dan penggunaan bahan merbahaya adalah tidak dibenarkan.
Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga terlebih dahulu dan segala proses perlu di bawah pemantauan mereka.
Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau bantuan ahli keluarga, walau bagaimanapun peranan murid yang mengambil bahagian akan diberi perhatian.
Persembahan perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh 3 - 4 minit.
Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan.
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) pemilihan konsep sains - 35 markah
(ii) kreativiti persembahan - 35 markah
(iii) aliran persembahan - 15 markah
(iv) props - 15 markah
Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI)
SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Tema pertandingan ialah Kejuruteraan dan Teknologi.
Produksi mestilah karya asal murid dan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
Peserta dibenarkan menghasilkan video dengan menggunakan bahasa Malaysia atau Inggeris.
Durasi video di antara 3 – 4 minit dan melibatkan semua elemen multimedia seperti animasi, grafik, audio dan ilustrasi.
Video tidak boleh sepenuhnya dalam bentuk animasi tetapi boleh digabungkan dengan keadaan 10% (animasi) + 90% (video rakaman sendiri).
Peserta dibenarkan menggunakan sebarang perisian pembinaan video. Resolusi video hendaklah berkualiti sekurang-kurangnya 1080p (High Definition) dalam pilihan format MP4 / AVI sahaja.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
Nama Sekolah, Daerah dan Negeri tidak boleh disebut/ditulis di dalam video yang dihasilkan.
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) pengenalan - 10 markah
(ii) kreativiti dan teknik persembahan - 40 markah
(iii) kualiti dan inovasi - 40 markah
(iv) nilai dan pengajaran - 10 markah
Fokus STEM: Kejuruteraan dan Teknologi
SYARAT-SYARAT
Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid untuk mereka cipta tote bag menggunakan bahan-bahan biodegradasi terpakai (contoh: fabrik, suratkhabar lama, tali, benang jut, benang, gam atau pelekat berasaskan tepung dan lain-lain) bagi penerapan nilai-nilai 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan murid.
Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Rekaan beg adalah berdasarkan muka hadapan yang berbentuk segi empat sama, segi empat tepat menegak atau melintang dan saiz minima tote-bag adalah seperti yang dinyatakan di daam kertas konsep. (Rujuk kertas konsep)
Semua jenis hiasan yang berasaskan tema dan penghasilan kreatif adalah dibenarkan kecuali yang melibatkan proses cetakan digital seperti heat press atau direct to garment (DTG).
Tema : Eco-friendly
Proses mereka cipta dan produk yang telah siap perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh durasi 3 – 4 minit.
Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing dan sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) Kreativiti - 30 markah
(ii) Kebolehfungsian - 20 markah
(iii) Kekemasan projek - 20 markah
(iv) Penerangan projek - 30 markah
Fokus STEM: Sains dan Teknologi
8 JUN 2021 - 1 SEPTEMBER 2021
JIKA ADA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI PENYELARAS PERTANDINGAN :
PN SITI FAZILAH BT HAMBALI (60 12-333 7617)
SYARAT-SYARAT
Pertandingan Kuiz Online Fizik dalam talian akan diadakan secara serentak menggunakan platform google Form.
Soalan-soalan dalam pertandingan ini adalah dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Silibus yang dicadangkan untuk pertandingan ini ialah Silibus Fizik KSSM, 2020 soalan -soalan yang digunakan bertujuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) dalam Fizik.
Jumlah markah yang diperuntukkan untuk olimpiad Fizik ialah 50, yang bermaksud 1 markah untuk setiap jawapan yang betul. Tiada penalti untuk jawapan yang salah. Jumlah markah ini akan dikira untuk menentukan pemenang .
Link untuk kuiz akan dimaklumkan seminggu sebelum pertandingan dan link tersebut akan diaktifkan 5 minit sebelum pertandingan dijalankan.
Masa yang diperuntukan untuk menjawab 50 soalan objektif ialah 1 jam. Contohnya murid perlu menghantar (submit) jawapan tepat pukul 11pagi atau sebelumnya jika pertandingan bermula pukul 10 pagi. Kegagalan peserta menghantar selepas tamat tempoh masa yang ditetapkan dianggap tidak menyertai pertandingan ini.