TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
PENDAFTARAN PERLU DIBUAT OLEH GURU PEMBIMBING/PENGURUS PASUKAN SAHAJA
PAUTAN PENDAFTARAN PERLU DI LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN DELIMA MOE GURU (g-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my)
PENDAFTARAN PERLU DIBUAT PADA PAUTAN DAERAH & NEGERI SEPERTI YANG DISEDIAKAN.
1 PENYERTAAN UNTUK 1 SEKOLAH BAGI SETIAP ACARA
PENDAFTARAN & PENGHANTARAN BAHAN PROJEK BERMULA 8/6/2021 - 16/8/2021
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021 dan peserta mestilah warganegara Malaysia.
Satu pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yg tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
PENILAIAN
Rekabentuk Jambatan – 40 markah
• Persembahan Projek ( Appearance Of Project) – 10 markah
• Kerja Kumpulan ( Teamwork) – 10 markah
• Soal Jawab Lisan ( Oral Q & A) – 10 markah
• Bahan ( Materials) – 10 markah
Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60 markah
Penjurian oleh 3 orang hakim
(peringkat negeri : JPN Sektor Pembelajaran / Pensyarah IPTA / agensi swasta)
(peringkat kebangsaan : KPM (BSKK/Pusat STEM) / Pensyarah IPTA/ agensi swasta
Dua (2) orang penjaga masa bagi pengujian daya ketahanan jambatan untuk setiap alat ujian.
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
Satu pasukan terdiri daripada 1- 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 18 Ogos 2021.
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar source code, dokumentasi dan video rakaman projek (berdurasi 3 - 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing-masing.
Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi permainan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan.
Penilaian adalah berdasarkan :
TEMA - 5 MARKAH
PERANCANGAN PROJEK - 20 MARKAH
PROSES PENGHASILAN - 10 MARKAH
PENGATURCARAAN - 30 MARKAH
REKABENTUK KREATIVITI - 20 MARKAH
PEMBENTANGAN PROJEK - 20 MARKAH
DOKUMENTASI - 15 MARKAH
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6 sahaja) yang belajar di sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan dan segala kos pertandingan ditanggung oleh sekolah tersebut.
Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
Penyertaan adalah secara berpasukan dengan dua (2) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Setiap penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama:
borang penyertaan yang lengkap
borang pengisytiharan alatan dan bahan
papan cerita (storyboard)
Pautan video rakaman persembahan (pertandingan secara dalam talian)
Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu dan segala proses perlu berada di bawah pemantauan mereka.
Semua hasil penyertaan adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penilaian adalah berdasarkan :
(i) PENGETAHUAN, APLIKASI, IMPAK & KEASLIAN - 50 markah
(ii) KREATIVITI, INOVASI, SUSUN ATUR, KELANCARAN & DURASI - 30 markah
(iv) BAHASA, PERTUTURAN, EKSPRESI, GAYA, KEYAKINAN & NILAI MURNI- 20 markah
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Satu pasukan terdiri daripada 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah bersifat baharu. Bagi projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan. Penyesuaian produk yang sedia ada dapat diterima selagi penambahbaikan itu berlaku sama sekali baru.
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.
Sesuatu rekacipta / inovasi dikemukakan dalam bentuk sampel komersial, artikel yang telah dikeluarkan prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan teks.
Satu tema sahaja dibenarkan untuk satu projek inovasi.
Persembahan hendaklah dirakam dan divideokan tidak melebihi 5 minit.
Video boleh disimpan dalam pilihan format WMV, MP4 dan MOV dan resolusi Full HD.
tema yang boleh dipilih:
Kesihatan dan makanan
Pertanian
Persekitaran lestari
Tenaga boleh diperbaharui
Teknologi maklumat dan komunikasi
Penilaian adalah berdasarkan :
kreativiti - 15%
signifikan projek - 20%
impak projek - 20%
keberkesanan kos - 5%
replikabiliti - 10%
potensi kebolehgunaan/aplikasi - 15%
persembahan & penyampaian - 15%
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6 sahaja).
Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja.
Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan alam semula jadi dalam gambar yang diambil.
Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan.
Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.
Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana sumber.
Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau kamera telefon bimbit
Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan ringkas berhubung dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam gambar berkenaan dan dihantar melalui ‘google form’ yang disediakan oleh pihak penganjur.
Peserta perlu muat naik 2 perkara melalui "google form" yang disediakan penganjur iaitu (gambar karya & borang penerangan ringkas)
Karya fotografi
Penerangan ringkas - tujuan, teknik dan mesej Sains dalam gambar berkenaan. Sila muat turun Borang Penerangan Gambar di pautan http://gg.gg/BAHAN-STEM-FOTOGRAFI-2021
Penilaian adalah berdasarkan :
KOMPOSISI - 30%
PENYAMPAIAN - 20%
PENCERITAAN - 20%
MOUNT OF FRAME - 10%
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja).

Murid tingkatan1, 2 dan 3 atau gabungan tingkatan 1, 2 dan 3 pada tahun 2021.
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Satu pasukan terdiri daripada 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah bersifat baharu. Bagi projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan. Penyesuaian produk yang sedia ada dapat diterima selagi penambahbaikan itu berlaku sama sekali baru.
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.
Sesuatu rekacipta / inovasi dikemukakan dalam bentuk sampel komersial, artikel yang telah dikeluarkan prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan teks.
Satu tema sahaja dibenarkan untuk satu projek inovasi.
Persembahan hendaklah dirakam dan divideokan tidak melebihi 5 minit.
Video boleh disimpan dalam pilihan format WMV, MP4 dan MOV dan resolusi Full HD.
Tema yang perlu dipilih:
Kesihatan dan makanan
Pertanian
Persekitaran lestari
Tenaga boleh diperbaharui
Teknologi maklumat dan komunikasi
Penilaian adalah berdasarkan :
kreativiti - 15%
signifikan projek - 20%
impak projek - 20%
keberkesanan kos - 5%
replikabiliti - 10%
potensi kebolehgunaan/aplikasi - 15%
persembahan & penyampaian - 15%
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah Tingkatan 1 hingga 4 atau gabungan Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 pada tahun 2021 dan peserta mestilah warganegara Malaysia.
Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang murid dan seorang guru mentor (pembimbing).
Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
LAPORAN PROJEK
Laporan projek adalah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
laporan mengikut format seperti di Lampiran A yang disediakan dengan menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.
VIDEO PEMBENTANGAN PROJEK
Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 dan MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD
Penilaian adalah berdasarkan :
PENULISAN LAPORAN - 20 MARKAH
REKABENTUK - 15 MARKAH
PENGUJIAN CUBA JAYA & KEBOLEHFUNGSIAN - 25 MARKAH
PENERANGAN APLIKASI KONSEP SAINS - 20 MARKAH
PERSEMBAHAN DAN PENYAMPAIAN - 20 MARKAH
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini melibatkan murid tingkatan 1 hingga 4 pada tahun 2021.
Satu pasukan terdiri daripada 1 orang murid (minimum) atau 3 orang murid (maksimum) dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 18 Ogos 2021.
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar source code, dokumentasi dan video rakaman projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) dan resolusi mestilah FUll HD SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing-masing.
Penilaian adalah berdasarkan :
KANDUNGAN - 30%
REKA BENTUK - 25%
PENYAMPAIAN/PERSEMBAHAN - 25%
LAPORAN - 15%
NILAI TAMBAH - 5%
SYARAT-SYARAT
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5) yang belajar di sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Peserta mesti berdaftar melalui akaun DELIMa (Contoh: m-123456@moe-dl.edu.my) masing-masing.Perkongsian emel adalah tidak dibenarkan. Sebarang emel peribadi adalah tidak diterima.
Peserta perlu berdaftar dalam pautan Google Form yang disediakan oleh pihak penganjur pada tempoh tarikh yang ditentukan.
Peserta perlu menyemak pautan pertandingan melalui borang pendaftaran
Peserta perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Waktu pertandingan adalah berdasarkan Malaysian Standard Time yang diurustadbir oleh National Metrology Institute of Malaysia, yang boleh dirujuk di pautan https://mst.sirim.my/.
Peserta perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaan sendiri.
Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Peserta perlu menghantar jawapan sebelum masa tamat.