LAMAN WEB RASMI PERTANDINGAN SOKONGAN AKADEMIK BAGI STEM DI PERINGKAT DAERAH SEPANG BAGI TAHUN 2021
Pelaksanaan program ini merupakan satu usaha untuk Pengukuhan Pendidikan khususnya dalam STEM di kalangan murid-murid. Berikutan penularan wabak Covid 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beberapa perubahan telah dibuat ke atas aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan sebelum ini. Pada tahun ini terdapat 3 KATEGORI PERTANDINGAN yang dipertandingkan. Antaranya ialah STEM ONLINE CHALLENGE (SOC), KARNIVAL STEM dan ENGINEERING ONLINE CHALLENGE (EOC).
Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang telah menyediakan platform secara atas talian bagi memastikan murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan ini. Untuk pengetahuan semua guru, semua pertandingan perlu dihantar secara atas talian sahaja.