Membudayakan transformasi dan melestarikan kecemerlangan
KATA AMANAT PENGETUA
Kata Amanat Portal Rasmi SMKJA
Selamat datang ke Portal Rasmi SMK Jalan Arang. Portal Rasmi SMKJA merupakan satu platform untuk memperkenalkan SMK Jalan Arang dan menyebarkan maklumat serta info sekolah kepada warga sekolah dan masyarakat umum. Pada masa yang sama, Portal ini juga digunakan untuk menyimpan dokumentasi berkenaan program dan aktiviti sekolah yang merupakan eviden untuk SKPM kualiti@ sekolah. Melalui Portal ini, semua warga sekolah atau pihak yang berkaitan serta masyarakat umum dapat mengenali SMKJA serta memperolehi maklumat berkaitan program dan aktiviti sekolah dengan mudah dan cepat.
Zaman beralih musim berubah, kini kita sudah sampai ke zaman teknologi maklumat ( IT). Melalui Portal rasmi SMKJA , dokumentasi secara digital telah direalisasikan. Kaedah ini telah meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan kecekapan organisasi dalam penyimpanan dan penyebaran informasi sekolah.
Harapan portal rasmi SMKJA ini akan kekal berterusan dan dimanfaatkan oleh pelbagai pihak sekiranya perlu. Segala cadangan dan idea yang membina untuk penambahbaikan portal ini adalah amat dialu-alukan.
WONG NGUK CHIN
Pengetua SMK Jalan Arang