MOTTO & PIAGAM SEKOLAH
MOTTO
“Sederap menuju kecemerlangan”
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga SK BBS dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Memastikan keselamatan dan kebajikan semua murid sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.
Memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.
Bersedia memberi maklumat dan penerangan yang terkini dalam tempoh satu minggu dengan tepat dan lengkap kepada yang berkenaan.
Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami (murid, ibu bapa,masyarakat dan kerajaan). Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
Menentukan segala aduan dan rayuan kepada kami akan diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh aduan dan rayuan diterima.
Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan anak didik kami.