Sekapur Sirih, Sepiak Pinang


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat-Nya, pihak sekolah telah dapat merancang dan menyusun pembinaan Portal Rasmi SKBBS tahun 2021 ini dengan jayanya.


 

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga untuk semua warga SKBBS yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama sepanjang tahun 2020 untuk memastikan kejayaan bagi setiap program dan aktiviti yang dijalankan.


 

Alhamdulillah, walaupun sepanjang tahun 2020 negara diancam dengan COVID19, saya melihat satu pencapaian yang amat baik dari segi kurikulum,sasiah dan juga kokurikum di sekolah ini. Tahniah juga saya uacapkan kepada semua warga sekolah dan pibg yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam mencapai kejayaan ini. Taniah juga kepada semua warga sekolah kerana pada Tahun 2021 ini Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi 2025 (TS25) dan sekolah rintis KBAT peringkat Kubang Pasu.


Insha-Allah bagi tahun 2021 kita akan sama-sama berusaha untuk memastikan kecemerlangan yang berterusan. Untuk kecemerlangan pendidikan murid-murid, semua guru harus berubah untuk menggunakan pendekatan pdpc abad ke-21. Sekolah harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum yang berasaskan projek autentik dengan keadaan kehidupan yang sebenar, melibatkan murid menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan yang sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat. Para guru harus melatih memberi peluang kepada murid menonjolkan bakat mereka. 


Diharapkan guru-guru dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing di peringkat global. 


Sekian, terima kasih.


MD ROZALI BIN HANAFI

GURU BESAR

 

S.K. BANDAR BARU SINTOK 

 

MENU UTAMA KPM

MENU UTAMA SKBBS