UTAMA

SEKAPUR SIRIH SEPIAK PINANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh . 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat-Nya, pihak sekolah telah dapat merancang dan menyusun pembinaan Portal Rasmi SKBBS sejak tahun 2021 ini dengan jayanya.

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga untuk semua warga SKBBS yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama sepanjang tahun 2022 untuk memastikan kejayaan bagi setiap program dan aktiviti yang dijalankan.

Alhamdulillah, walaupun sepanjang tahun 2020 negara diancam dengan COVID-19, saya melihat satu pencapaian yang amat baik dari segi kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan juga di sekolah ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua warga sekolah dan PIBG yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam mencapai kejayaan ini. Taniah juga kepada semua warga sekolah kerana pada Tahun 2021, ini Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi 2025 (TS25) dan Sekolah Rintis KBAT peringkat Kubang Pasu.

Insha-Allah bagi tahun 2022 kita akan sama-sama berusaha untuk memastikan kecemerlangan yang berterusan. Untuk kecemerlangan pendidikan murid-murid, semua guru harus berubah untuk menggunakan pendekatan PdPc Abad ke-21. Sekolah harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum yang berasaskan projek autentik dengan keadaan kehidupan yang sebenar, melibatkan murid menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan yang sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat. Para guru harus melatih dan memberi peluang kepada murid untuk  menonjolkan bakat mereka. 

Diharapkan guru-guru dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing di peringkat global. 

Sekian, terima kasih.

MD ROZALI BIN HANAFI

GURU BESAR

SK BANDAR BARU SINTOK 

VIDEO KORPORAT SEKOLAH

GALERI / MAJALAH DIGITAL 

MENU UTAMA KPM

MENU UTAMA SKBBS

BILIK V21

PIBK SK BANDAR BARU SINTOK

PORTAL TS25

SINTOK KIDS TV CHANNEL

PADLET KECEMERLANGAN SEKOLAH