Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu (MBM) di Program Pendidikan Khas (Mengikut Tahap Kefungsian Murid Berkeperluan Khas)
Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu (MBM) di Program Pendidikan Khas (Mengikut Tahap Kefungsian Murid Berkeperluan Khas)
1. Objektif
Penguasaan kemahiran dengar tutur, membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu. Keupayaan murid menguasai kemahiran ini membolehkan mereka profisien dalam Bahasa Melayu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Dalam Gelombang 3 (2016-2025), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan tumpuan kepada memacu peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu di Program Pendidikan Khas mengikut Kefungsian Murid Berkeperluan Khas (MBK), iaitu melaksanakan program ini untuk MBK Tingkatan 4 dan 5 bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Bahagian Pendidikan Khas dalam #Inisiatif 108 KPM bagi memastikan MBK menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. Bimbingan berfokus secara pemeringkatan dan aktiviti pembelajaran yang terancang merupakan intervensi kepada murid yang dikenalpasti tidak menguasai kemahiran tersebut.
2. PELAN PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU
A. Kefungsian Tinggi
B. Kefungsian Sederhana
C. Kefungsian Rendah
1. Program penambahan kosa kata berdasarkan tajuk dan tema
2. Bacaan Saujana
3. Klinik Bahasa
4. Program Penguasaan Tatabahasa
5. Tinta Emas (Wacana Kritis dan Kreatif)
6 Analisis Item Soalan (Post Mortem Kendiri)
7. Ambang SPM (Pecutan AKhir SPM)
1. Program penambahan kosa kata berdasarkan tajuk dan tema
2. Aktiviti menulis karangan pendek berdasarkan gambar rajah
3. Latihan Penggunaan Tatabahasa
4. Program Satu Gambar Satu Cerita
5. Bengkel Menjawab Soalan Peperiksaan
1. Program penambahan kosa kata berdasarkan tajuk dan tema
2. Program mencari perkataan berdasarkan Kamus Bergambar
3. Aktiviti menulis perkataan tersembunyi
4. Program Bijak Mengeja berdasarkan kod tangan dan ejaan jari
5. Bengkel Menjawab Soalan Peperiksaan