Pedagogi Terbeza merujuk kepada usaha untuk mempelbagaikan metodologi pengajaran berdasarkan murid dan lingkungannya. Pedagogi Terbeza dalam pembelajaran Abad ke-21 Pengertian Pembelajaran Terbeza ialah murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi pelajar dengan mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pembelajaran terbeza ini amat diperlukan bertujuan agar murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan. Tiga aspek penting dalam Pembelajaran Terbeza ini iaitu kandungan, proses dan hasil yang dizahirkan melalui perancangan, pembangunan menekankan kepada kerangka pedagogi yang mudah lentur untuk membolehkan murid belajar berdasarkan potensi dan persekitaran mereka (Khahar et. al 2018).
Pembelajaran Terbeza ditakrifkan juga sebagai satu pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru secara proaktif mengubahsuai kurikulum, kaedah pengajaran, sumber-sumber pengajaran, aktiviti pengajaran dan hasil pembelajaran untuk memenuhi pelbagai keperluan setiap pelajar dan kumpulan kecil pelajar untuk memaksimumkan peluang pembelajaran dalam kelas (Tomlinson, 1999).
Tomlinson (2001) pula telah menyatakan Pengajaran Terbeza sebagai satu falsafah pengajaran yang menyediakan pelbagai cara dalam menyampaikan kandungan, memahami idea-idea dan menilai hasil pembelajaran. Tomlinson (2010) dalam kajian mereka menyatakan kesediaan pelajar, minat serta profil pembelajaran adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Terbeza.
Pedagogi Terbeza terjelma dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah apabila guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran melaksanakan pengajaran terbeza. Menurut Tomlinson (2006), Pengajaran Terbeza ialah proses memastikan apa yang pelajar belajar, bagaimana dia belajar, dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang dipelajari selaras dengan tahap kesediaan, minat dan cara pembelajaran yang terbaik. Dengan menggunakan kaedah pengajaran terbeza, guru boleh membezakan pengajaran dan pembelajaran melalui empat cara iaitu:
1. Kandungan pengajaran
2. Proses pembelajaran
3. Produk pembelajaran
4. Persekitaran pembelajaran
KEPERLUAN PEDAGOGI TERBEZA
Terdapat pelbagai jenis pilihan sekolah yang lazimnya mengikut majoriti kaum dan etnik yang tertentu seperti kaum Melayu, Cina dan India serta kaum Pribumi dalam sistem pendidikan negara.
Pada kategori sekolah rendah, terdapat SK, SOA, SJKC dan SJKT manakala kategori sekolah menengah pula, terdapat SBP, SMT, Sekolah Wawasan, Sekolah Bestari, SMT, SMS, SMV, Sekolah Pendidikan Khas, SMK Intergrasi, SABK dan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Jenis-jenis sekolah ini mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan budaya yang berbeza serta warga sekolah yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Persekitaran adalah salah satu dari elemen yang mempengaruhi gaya belajar invidu.
Elemen ini merangkumi aras bunyi, aras cahaya, suhu dan keadaan fizikal tempat belajar.
Elemen ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang hanya boleh belajar jika ada muzik dan sebaliknya ada pelajar yang boleh belajar dalam persekitaran yang sunyi.
Motivasi boleh dibahagikan kepada intrinsik dan ekstrinsik. Individu instrik suka belajar dengan inisiatif sendiri manakala individu ekstrinsik sangat bergantung kepada arahan yang berstruktur daripada guru. Pelajar yang mempunyai sikap dan tanggungjawab biasanya akan mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang serta mana-mana rangsangan persekitaran mereka.
Pelajar yang mempunyai kurang berazam dan kurang bertanggungjawab hanya dapat belajar dalam tempoh masa yang singkat, memerlukan tempat yang sesuai serta masa rehat yang cukup sebelum meneruskan proses pembelajaran.
Kandungan
Proses
Produk
Persekitaran
Pendekatan Modular dalam Pedagogi Terbeza
Pendekatan modular merujuk kepada susunan kemahiran yang digubal dalam kurikulum mata pelajaran bahasa. Melalui pendekatan modular, empat kemahiran bahasa dan aspek seni bahasa dan tatabahasa dapat dilaksanakan dengan lebih berfokus dan mudah dikuasai oleh murid.
Pendekatan Modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. (BPK,2017)
Pendekatan modular merupakan pendekatan bagi memastikan murid dapat menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran serta matlamat kurikulum yang telah ditetapkan. Melalui pendekatan ini murid akan diberi lebih masa, ruang dan peluang yang secukupnya untuk menguasai pembelajaran mengikut keupayaan dan kemampuan kendiri mereka.
Standard Kandungan :
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran:
Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.