Hasil Pembelajaran
PIMK3143
1.Menjelaskan asas dan proses penyelidikan dalam pendidikan(C2, A3, PLO1)
2. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan.(C4, A5, PLO3, PLO6, CTPS3, LL2)
1. Saya belajar tentang Konsep penyelidikan
2. Saya belajar tentang Etika dalam Penyelidikan
3. Saya belajar Jenis-jenis Penyelidikan
4. Saya belajar jenis-jenis pendekatan penyelidikan
5. Saya belajar jenis-jenis Reka bentuk Penyelidikan
Saya dapat mengenalpasti konsep penyelidikan adalah proses penerokaan yang cukup mendalam tentang satu subjek untuk mengetahui intipatinya atau sesuatu aspek yang tidak pernah dilihat mahupun disaksikan sebelum ini melalui kuliah dan perbincangan serta pembacaan.
Saya dapat mengenalpasti etika dalam penyelidikan adalah amalan terbaik dalam penyelidikan yang menjunjung tinggi prinsip teras etika dalam melindungi hak dan keselamatan manusia dan ekosistem demi kesejahteraan sejagat di samping mematuhi semua peraturan dan perundangan melalui kuliah dan perbincangan serta pembacaan.
Saya dapat menyenaraikan jenis-jenis penyelidikan adalah seperti Penyelidikan asas, Penyelidikan gunaan, Penyelidikan tindakan dan Penyelidikan penilaian melalui kuliah dan perbincangan serta pembacaan.
Saya dapat membezakan dua jenis pendekatan penyelidikan iaitu Pendekatan positivis (Penyelidikan kuantitatif) dan Pendekatan interpretatif (Penyelidikan kualitatif) melalui kuliah dan perbincangan serta pembacaan.
Saya dapat menyenaraikan jenis-jenis Reka bentuk Penyelidikan iaitu Kajian eksperimental, Kajian kuasi eksperimental, Kajian tinjauan, Kajian kes, Kajian etnografi dan Kajian tindakan
PENYELIDIKAN
apakah/ bagaimana pengetahuan + kemahiran diperlukan
hubungkait idea utama ( 3E / Rigor/Relevance)
contoh hasil tugasan (HP + EQ)