Perkhidmatan Perpustakaan
Perkhidmatan Perpustakaan
Pinjaman dan pemulangan buku
Setiap pengguna perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat pinjaman. Pinjaman adalah terhad kepada 5 buah buku dalam satu tempoh. Tempoh pinjaman adalah selama 2 minggu. Denda akan dikenakan ke atas kelewatan pemulangan bahan perpustakaan.
Pembaharuan pinjaman buku
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memanjangkan lagi tempoh pinjaman sesebuah buku. Pembaharuan pinjaman boleh dilakukan di kaunter perpustakaan atau makluman melalui panggilan telefon. Tempoh pembaharuan pinjaman adalah selama 2 minggu.
Rujukan maklumat
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data dalam dan luar Negara. Perpustakaan juga menerima pertanyaan rujukan dari luar organisasi seperti institusi pendidikan atau agensi kerajaan yang lain.
Pameran koleksi terkini
Koleksi baru yang dibeli atau diterima secara hadiah atau sumbangan akan dipamerkan di rak koleksi baru perpustakaan.
Perkhidmatan internet
Pengguna dibenarkan untuk menggunakan komputer yang disediakan bagi tujuan pencarian atau perkongsian maklumat.
Pinjaman Antara Perpustakaan
Pinjaman Antara Perpustakaan adalah perkhidmatan yang berasaskan perkongsian maklumat antara perpustakaan di Malaysia. Bahan yang hendak dipinjam dari perpustakaan mestilah tiada dalam koleksi di Perpustakaan Sultanah Haminah. Tujuan pinjaman adalah untuk pembelajaran dan penyelidikan.
Peraturan Pinjaman Bahan Perpustakaan
Pengguna perlu menyerahkan sendiri kad matrik dan bahan/buku kepada petugas di kaunter sirkulasi.
Pastikan bahan/buku berada dalam keadaan baik semasa tempoh pinjaman kerana pengguna bertanggungjawab jika terdapat kerosakan semasa pemulangan bahan/buku tersebut.
Pulangkan bahan/buku yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan.
Denda lewat sehari RM 0.20 akan dikenakan selepas tamat tempoh pinjaman.
Bahan/buku yang hilang atau rosak perlu diganti dengan yang baharu atau membayar harga bahan/buku tersebut berserta bayaran proses sebanyak RM 10.00 bagi setiap bahan/buku.
Peraturan Penggunaan Internet di Ruangan Multimedia
Pastikan pengguna menulis nama dalam buku penggunaan internet terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut.
Pengguna tidak dibenarkan melayari laman sesawang yang tidak berkaitan di perpustakaan.
Perkhidmatan/Konsultasi Klinik Informasi 2024
Perkhidmatan/Konsultasi Klinik Informasi disediakan oleh Unit Pusat Sumber bagi membantu pengguna mendapatkan khidmat bantuan dalam menggunakan perisian dan carian bahan yang disediakan secara langganan atau percuma.
Pengguna perlu mengisi borang penilaian perkhidmatan ini bagi meningkatkan perkhidmatan konsultasi Klinik Infromasi di link ini, Borang Penilaian Perkhidmatan/Konsultasi Klinik Informasi 2024
Sekitar Perpustakaan Sultanah Haminah