Sejarah Penubuhan Perpustakaan
Sejarah Penubuhan Perpustakaan
Pembinaan bangunan perpustakaan adalah bersamaan dengan pembinaan kampus IPSAH yang dimulakan pada tahun 1978. Pada ketika ini pembinaan bangunan lain yang terlibat ialah sebuah bangunan pentadbiran yang mengandungi pejabat, bilik-bilik kuliah, bilik masak, bilik jahitan, makmal sains, makmal bahasa, bilik pengajaran mikro, lapan buah bangunan asrama, sebuah dewan syarahan yang sekarang dikenali sebagai Dewan Al Farabi, dewan makan, gymnasium, sebuah flat yang mengandungi empat buah rumah pensyarah, 24 unit rumah pekerja dan rumah pengetua. Projek pembinaan ini menelan kos sebanyak RM 8.5 juta termasuk alat kelengkapannya.
Visi & Misi
Menjadi pusat informasi pendidikan keguruan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Membolehkan semua pengguna mengakses informasi yang diperlukan melalui kaedah yang mudah, efisien dan efektif di samping menggalakkan minat membaca dan belajar sepanjang hayat dalam kalangan pengguna
Objektif
Membantu pelaksanaan kurikulum keguruan sejajar dengan keperluan semasa
Membangunkan koleksi bahan-bahan yang memenuhi keperluan pengguna
Menyediakan pelbagai maklumat dalam pelbagai sumber kepada pengguna bagi mencapai objektif pendidikan keguruan
Menyokong proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu pengguna untuk meningkatkan kemahiran maklumat
Menggalakkan tabiat belajar dan minat membaca dalam kalangan pengguna
Menyediakan khidmat pembaca dengan memberikan khidmat kemahiran pencarian maklumat dengan cepat dan tepat
Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan internet, rujukan, pinjaman, nasihat pembaca, bilik perbincangan dan ruang tayangan
Membantu aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang pendidikan guru
Piagam Pelanggan
Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra dan responsif terhadap keperluan pengguna
Berusaha untuk menyediakan maklumat yang relevan dan terkini dengan cepat dan tepat dalam masa yang diperlukan
Memastikan persekitaran perpustakaan yang kondusif untuk pengguna
Memastikan sumber maklumat, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada pengguna secara berkesan
Memproses borang keahlian perpustakaan dalam masa 5 minit selepas permohonan yang lengkap diterima
Memproses pinjaman bahan koleksi perpustakaan dalam masa 5 minit selepas bahan diterima
Memproses pemulangan bahan koleksi perpustakaan dalam masa 3 minit selepas bahan diterima
Memproses koleksi bahan perpustakaan berdasarkan peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan dalam tempoh 14 hari selepas bahan diterima
Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk keperluan pengguna
Peraturan Perpustakaan
Berpakaian kemas dan memakai kad matrik
Dilarang memakai selipar dan pakaian yang menjolok mata (pakaian sukan, uniform dan baju-t berkaitan ipgksah dibenarkan)
Dilarang membuat bising
Menjaga kebersihan perpustakaan
Penggunaan telefon bimbit perlulah secara berhemah/tidak mengganggu pengguna lain
Dilarang merokok, makan dan minum di dalam perpustakaan untuk mengelakkan kehadiran makhluk perosak seperti tikus dan lipas (air mineral dibenarkan)
Tinggalkan beg, payung, fail dan topi keledar di tempat yang disediakan
Tempahan bilik perbincangan perlu dibuat lebih awal sebelum digunakan
Pegawai dan staf perpustakaan berhak untuk memeriksa bahan yang dibawa masuk/keluar dari perpustakaan
Beretika, berdisiplin dan bertanggungjawab
Carta Organisasi