Kandungan di dalam laman ini adalah untuk tujuan bahan sokongan dan latihan.
Salam w.b.t. dan salam sejahtera.
Pihak PPD & JPN akan membuat pemantauan penggunaan aktif DELIMa guru dan murid melalui dashboard yang berikut.
Senarai pautan dan ikon hendaklah mengikut templat yang telah disediakan berdasarkan lampiran.
Salam w.b.t. dan salam sejahtera.
Memohon agar semua sekolah untuk membuat pengemaskinian ruang sekolah di dalam Portal DELIMa masing-masing.
Bagi melaksanakan pengemaskinian, Admin DELIMa sekolah dipohon untuk mengakses Portal Delima melalui URL https://d2.delima.edu.my menggunakan kata laluan sedia ada.
Senarai pautan dan ikon hendaklah mengikut templat yang telah disediakan berdasarkan lampiran.
Rujukan:
PENGUPAYAAN GOOGLE CLASSROOM BAGI SETIAP KELAS
Sebagai sebahagian daripada inisiatif pemerkasaan Teras 5 Dasar Pendidikan Digital, Kandungan Digital Berkualiti, pihak kami memohon agar setiap kelas di sekolah tuan/puan diwujudkan satu Google Classroom dengan segera. Langkah ini adalah bagi memastikan:
Pengurusan bahan pembelajaran secara digital lebih sistematik.
Komunikasi yang lebih teratur antara guru, penjaga dan pelajar.
Penyelarasan pembelajaran digital sejajar dengan keperluan pendidikan semasa.
Sehubungan itu, Admin DELIMa sekolah dan Jawatankuasa Google Classroom hendaklah:
Mewujudkan satu Google Classroom bagi setiap kelas berdasarkan struktur akademik yang telah ditetapkan.
Melantik guru kelas sebagai ‘teacher’ bagi memastikan kawalan penuh terhadap bahan dan pelajar di dalam kelas berkenaan.
Memberikan akses kepada guru mata pelajaran sebagai guru bersama (co-teacher) untuk kolaborasi pengajaran.
Pihak sekolah diminta untuk mengambil tindakan ini sebelum/pada 1 April 2025. Laporan pelaksanaan perlu dikemukakan kepada pihak USTP, PPD melalui Google Classroom melalui akaun cm1 (sekolah-xxxx-cm1@moe-dl.edu.my) masing-masing selewat-lewatnya pada tarikh tersebut.
Rujukan:
Berikut adalah tatacara mewujudkan:
1) Mewujudkan template kelas
2) Copy 'Class' dan namakan dengan cepat dan mudah
3) Tambah guru secara pukal
4) Tambah murid secara pukal
5) Kongsi 'Assignment' dan 'Material' menggunakan link.
Salam sejahtera semua.
Memandangkan sesi persekolahan bakal berakhir tidak lama lagi, ramai admin DELIMa menghubungi admin untuk mendapatkan data-data berkaitan penggunaan DELIMa untuk tujuan pelaporan.
Bagi memenuhi permintaan tuan/puan sebuah laman Mylink telah diwujudkan bagi membolehkan akses kepada semua admin sekolah/PPD/JPN.