Agihan ID DELIMa kepada pengguna baharu (Guru & Murid)
Sudahkah anda pastikan pengguna telah menerima ID DELIMa?
Objektif: Memastikan semua murid yang berdaftar di sekolah di dalam MOEIS telah menerima ID DELIMa
Cadangan Pelaksanaan:
Mengedarkan Kad ID kepada pengguna
Taklimat login di makmal komputer
Login Google Drive atau Gmail menggunakan DELIMa
Taklimat 'online' kepada ibubapa / video tutorial
Petunjuk: Pengguna berjaya login ID DELIMa kali pertama
Evidens: Dashboard Login DELIMa Kebangsaan
⚡Pastikan:
Data murid telah dikemaskini di dalam MOEIS
Data guru telah disahkan di dalam eOperasi
Menyediakan senarai ID DELIMa murid mengikut kelas.
Objektif: Memastikan semua murid mempunyai akses kepada ID DELIMa serta maklumat ID disusun dengan teratur mengikut kelas bagi memudahkan penggunaan dalam PdP.
Petunjuk:
Guru kelas dan murid dapat merujuk senarai serta menggunakan ID DELIMa dengan mudah tanpa kekeliruan.
Murid dapat membuat carian id DELIMa kendiri.
Evidens:
▪ Senarai ID DELIMa murid mengikut kelas
▪ Direktori atau fail rekod pengurusan ID murid
▪ Rekod agihan senarai kepada guru kelas
▪ atau Screenshot 1Kelas 1Classroom
Cadangan Pelaksanaan:
Muat turun senarai ID murid daripada portal DELIMa / data sekolah
Membina direktori atau senarai ID DELIMa murid mengikut kelas
Edaran ID melalui papan kenyataan atau dashboard carian.
Mengemaskini senarai sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan murid
Mengedarkan senarai kepada guru kelas untuk rujukan PdP dan aktiviti kokurikulum.
⚡Pastikan:
Data murid telah dikemaskini di dalam MOEIS
Cuba gunakan Dashboard ID DELIMa sekolah terlebih dahulu:
https://lookerstudio.google.com/u/2/reporting/52e8e492-0d46-4dac-9727-63868dd26897/page/p_nfx066k92c
Khidmat bantu 'reset' kata lalaluan / 2SV.
Objektif: Memastikan keselamatan ID semua guru dan murid melalui pengurusan kata laluan yang selamat serta penggunaan pengesahan dua langkah (2SV).
Petunjuk: Pengguna berupaya menggunakan DELIMa tanpa masalah akses serta akaun dilindungi dengan tetapan keselamatan yang sesuai.
Cadangan Pelaksanaan:
Taklimat keselamatan akaun DELIMa kepada guru dan murid
Panduan reset kata laluan melalui portal DELIMa / admin sekolah
Galakan pengaktifan 2-Step Verification (2SV) kepada pengguna Guru.
Hebahan panduan keselamatan akaun melalui Telegram / video tutorial.
Sokongan teknikal melalui admin sekolah atau helpdesk DELIMa.
Evidens:
▪ Rekod pengguna yang telah mengaktifkan 2SV
https://lookerstudio.google.com/u/2/reporting/52e8e492-0d46-4dac-9727-63868dd26897/page/p_nfx066k92c
atau
▪ Laporan reset kata laluan melalui admin / sistem
(jika perlu)
⚡Pastikan:
ID & katalaluan admin sekolah tidak dibocorkan
Helpdesk: dhd@moe-dl.edu.my
Hanya guru sahaja mengaktifkan 2SV, murid tidak terlibat.
Guru yang sudah mengaktifkan 2SV mempunyai fitur reset kendiri. (kecuali kes tukar telefon)
Glosari:
aktif / 'activate' - ID yang sudah berjaya login kali pertama
aktif / 'active' - ID yang ada transaksi data dalam bentuk pendidikan digital, bukan komunikasi.