Kertas kerja projek dikemukakan untuk urusan-urusan seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu.
Kertas kerja projek dikemukakan kepada pihak tertentu untuk mendapat kelulusan. Penulis kertas kerja akan mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek / kajian itu dapat dijalankan.
TAJUK
PENGENALAN
TUJUAN
MATLAMAT
OBJEKTIF
PENYERTAAN/KUMPULAN SASARAN
MAKLUMAT PROJEK
6.1 Nama Projek
6.2 Tarikh Perlaksanaan
6.3 Masa
6.4 Tempat
JAWATAN KUASA
7.1 Jawatankuasa Induk
7.2 Jawatankuasa Pelaksana
7.3 *Perincian Tugas
TENTATIF
ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Pendapatan
9.2 Perbelanjaan
PENUTUP
Nyatakan pengenalan, latarbelakang, hubungkait dan kepentingan program yang dicadang untuk dilaksanakan dengan pihak yang berkaitan.
Contoh:
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu diperkukuhkan dan dipereratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, musim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Sudah menjadi kemestian, sewaktu turun ke sawah atau ke laut, seluruh tenaga ditumpukan kepada pekerjaan. Mencari rezeki, mesti bersungguh-sungguh. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan.
Nyatakan tujuan kertas kerja dihasilkan.
Contoh:
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kelulusan daripada Unit Kokurikulum, Kolej Matrikulasi Selangor bagi menganjurkan Karnival Permainan Tradisional sebagai satu bentuk promosi berkaitan kepelbagaian kebudayaan dalam masyarakat Melayu. Kertas kerja ini juga disediakan bagi memenuhi keperluan Kursus Kokurikulum (WK002).
Mengenal pasti sasaran menggunakan pernyataan umum. Matlamat ini merujuk kepada sasaran keseluruhan yang perlu dicapai
Nyatakan matlamat kertas kerja dihasilkan.
Contoh:
Matlamat penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini adalah untuk melahirkan pelajar Kolej Matrikulasi Selangor yang berpengetahuan dan menghargai budaya masyarakat Melayu.
Matlamat adalah tujuan untuk dicapai dengan cara tertentu @ tersedia
Jelaskan objektif-objektif program yang dianjurkan.
Objektif adalah pengukuran untuk mencapai matlamat.
Objektif lebih spesifik.
Objektif merujuk kepada keperluan tertentu yang perlu dipenuhi untuk mencapai matlamat keseluruhan
Contoh:
Pelaksanaan program ini mensasarkan untuk mencapai (bilangan objektif) objektif seperti berikut:
4.1 Mempromosikan semula pelbagai jenis permainan tradisional masyarakat Melayu.
4.2 Memberikan pengetahuan dan kesedaran berkenaan pelbagai jenis permainan tradisional masyarakat Melayu.
Objektif 3 (Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Objektif 2)
Objektif 4 (Jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan Objektif 3)
Nyatakan secara khusus kumpulan sasar yang terlibat dengan program ini
KUMPULAN SASAR:
Nyatakan kumpulan sasar yang terlibat.
Contoh:
5.1 Terbuka kepada pelajar Kolej Matrikulasi Selangor.
BILANGAN PESERTA
Nyatakan jumlah peserta yang terlibat.
Contoh:
5.2 Penyertaan terhad kepada 300 orang peserta sahaja.
6.1 CADANGAN TARIKH
Cadangan tarikh hendaklah 2 bulan lebih lewat dari tarikh memohon peruntukan. Ini bagi memastikan kertas kerja yang dihasilkan benar-benar memenuhi spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan.
Contoh:
Tarikh: 1 Oktober 2023 (sekiranya permohonan dibuat pada 1 Ogos 2023)
6.2 CADANGAN TEMPAT
Cadangan tempat sesuai dengan keperluan kumpulan sasar serta dapat membantu mencapai objektif pelaksanaan program. Ianya perlu mengambil kira lokasi pusat kumpulan sasar.
Contoh:
Tempat: Dataran Kosmik, Kolej Matrikulasi Selangor
6.3 CADANGAN MASA
Cadangan masa sesuai dengan kemudahan sedia ada, peralatan dan sumber manusia.
Contoh:
Masa: 8.00 pagi - 5.00 ptg
Penaung : En Saipudin bin Hasnon
Ketua Jabatan
Jabatan Pengurusan Pelajar
Penasihat 1 : En Ahmad Nazir bin Abdullah
Ketua Unit
Unit Kokurikulum
Penasihat 2 : En Roslan bin Kadir
Pensyarah Kursus Kokurikulum
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Naib Setiausaha :
Bendahari :
Naib Bendahari :
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Naib Setiausaha :
Bendahari :
Naib Bendahari :
Penyelaras Program :
Ahli Jawatankuasa
Urusetia dan Pendaftaran :
Teknikal Pertandingan :
Kepegawaian :
Publisiti dan Promosi :
Dokumentasi :
Hadiah dan Cenderamata :
Sijil :
Kebersihan :
Bantu Mula dan Kecemasan :
PERHATIAN
Jawatankuasa yang diwujudkan adalah MENGIKUT keperluan sesuatu program@aktiviti.
Jawatankuasa kecil yang tugasnya tidak begitu berat boleh DIGABUNGKAN sekiranya menghadapi masalah kekurangan ahli @mengikut keperluan.
Nyatakan secara terperinci tentatif program yang akan dilaksanakan sehingga selesai. Hendaklah mengandungi butiran seperti masa dan tajuk
Contoh:
TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL, KMS TAHUN 2021
Tarikh : 1 Oktober 2021
Tempat : Dataran Kosmik, Kolej Matrikulasi Selangor
8.00 pagi : Pendaftaran dan Pengesahan peserta
8.30 pagi : Taklimat Program Karnival Permainan Tradisional KMS Tahun 2021
9.00 pagi : Pertandingan pusingan awal bermula
(Mengikut venue pertandingan masing-masing)
Batu Seremban (Zon A)
Galah Panjang (Zon B)
Kunda-kondi (Zon C)
Baling Selipar (Zon D)
Congkak (Zon E)
Ting-ting (Zon F)
Baling Tin (Zon G)
Lompat getah (Zon H)
12.00 thari : Rehat
2.30 ptg : Pertandingan peringkat akhir
(Mengikut venue pertandingan masing-masing)
4.00 ptg : Berkumpul di Dataran Kosmik
Majlis Penyampaian Hadiah
5.00 ptg : Bersurai
Nyatakan secara terperinci anggaran perbelanjaan yang diperlukan atau dipohon. PERHATIAN: Peruntukan ini TIDAK BOLEH digunakan untuk tujuan PEMBELIAN ASET, Ia hanya boleh digunakan untuk tujuan melaksanakan program sahaja.
Contoh:
ANGGARAN PERBELANJAAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KMS TAHUN 2021
A. PENDAPATAN
BIL PEKARA PERINCIAN HARGA (UNIT) JUMLAH (RM)
1. Peruntukan Unit Kokurikulum RM 200.00 x 8 pengelola RM 200.00 RM 1600.00
2. Komitmen peserta RM2.00 x 300 orang peserta RM 3.00 RM 600.00
3. Sumbangan AJK 8 pengelola pertandingan - RM 800.00
JUMLAH PENDAPATAN RM 3000.00
B. PERBELANJAAN
BIL PEKARA PERINCIAN HARGA (UNIT) JUMLAH (RM)
1. Urusetia/Pendaftaran RM 50.00 x 8 pengelola RM 50.00 RM 400.00
2. Peralatan Pertandingan RM 50.00 x 8 pengelola RM 50.00 RM 400.00
3. Hadiah
3.1 Johan RM 50.00 x 8 acara RM 50.00 RM 400.00
3.2 Naib Johan RM30.00 x 8 acara RM 30.00 RM 240.00
3.3 Ketiga bersama RM 20.00 x 8 acara x 2 RM 20.00 RM 320.00
.4. .............. sehingga selesai
JUMLAH PERBELANJAAN RM XXXX.XX
Nyatakan harapan dan pencapaian matlamat kertas kerja dihasilkan.
Contoh:
Adalah diharapkan perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini dapat memberikan nilai positif dalam kalangan pelajar terhadap kepelbagaian budaya masyarakat Melayu. Diharapkan pihak Unit Kokurikulum memberikan sokongan penuh dan kelulusan bagi pihak kami menjaya perancangan program ini.