SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG
SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG
SEJARAH SEKOLAH
Bermulanya di sini…
27 Februari 1911.
Bermula dengan nama Sekolah Melayu Sijangkang. Ia terletak 2 km dari sekolah yang ada sekarang, iaitu di kawasan tanah wakaf yang sekarang dijadikan tanah perkuburan.Ia hanya merupakan sebuah bangsal yang dibina menggunakan atap nipah, kayu bakau, beluti dan papan. Bangunan ini dibuat secara gotong royong. Di sebelah belakang sekolah ini terdapat sebuah bilik yang dikenali dengan nama ‘Dapur Cikgu’.Bilangan murid lebih kurang 50 orang dengan 5 orang guru.
Guru besar yang pertama ialah YM Raja Yusuf b. Raja Daud.
6 Disember 1914
Sekolah asal dipanah petir dan mengalami kerosakan. Sekolah dipindahkan ke tempat lain berhampiran dengan kawasan itu juga. Bangku dan meja yang digunakan ialah jenis panjang dan digunakan oleh murid-murid darjah 4 dan 5. Murid-murid lain menggunakan meja rendah dan duduk di atas lantai. Darjah 5 (V) bermula dengan 6 orang murid sahaja dalam satu kelas. Murid-murid menggunakan papan hitam kecil. Buku bacaan yang digunakan ialah buku bacaan jawi sahaja.
12 Julai 1927
Sekolah berpindah ke tempat sekarang iaitu Pekan Batu Satu. Bangunan sekolah dibina oleh kerajaan iaitu sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah. Selain itu terdapat juga dua buah rumah guru. Pertambahan murid semakin pesat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung keperluan semasa, maka sebahagian daripada murid terpaksa belajar di bawah bangunan sekolah dan dibawah rumah guru.
12 Mac 1954
Seramai 90 orang penduduk kampung telah bergotong-royong untuk mendirikan sekolah tambahan.
27 Julai 1955
Sekolah dijadikan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Persekutuan.
27 Julai 1956
Sekolah telah roboh akibat dilanda ribut. Pada tahun ini juga Sekolah Melayu Sijangkang ditukar nama kepada Sekolah Umum Sijangkang.
1961
Sekolah Umum Sijangkang telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sijangkang.
1981
Lebih kurang satu perlima dari murid-murid sekolah ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Medan.
1982
Sebuah lagi bangunan tambahan didirikan, yang digunakan pada pertengahan tahun 1983. Bangunan ini lengkap dengan bilik serbaguna, bilik guru, bilik sembahyang dan bilik darjah biasa.
1 Januari 1986
Jumlah murid meningkat kepada 1023 orang.
1 Januari 1989
Jumlah murid meningkat kepada 1170 orang murid dengan 45 orang guru terlatih.
1 Januari 2012
Penambahan murid meningkat sehingga 1444 dengan 79 orang guru terlatih. Penambahan beberapa prasarana bangunan sekolah iaitu surau dan kantin. Penambahbaikan bangunan yang sedia ada.
1 Januari 2013
Pengubahsuaian dan pembesaran serta infrastruktur di kantin, bilik guru, pusat sumber, tandas guru, tandas murid, bangunan PKG dan kelas telah dilakukan. Pembinaan bangunan kelas baru (karbin) untuk murid. Menyediakan tempat letak kereta tambahan untuk guru di kawasan padang. Menambak padang sekolah untuk kegunaan murid. Membina kolah untuk murid mengambil wuduk di blok A. Menambah bilangan tangki air bagi menampung keperluan sekolah. Mengalihkan tempat parking kereta guru bagi memulakan pembinaan “Marquetent”.
Januari 2019.
Sekolah telah mula menggunakan empat blok baru setingkat yang menyediakan dua belas bilik darjah. Bangunan ini adalah pembangunan daripada projek pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula April 2018.
Disember 2020
Mencatatkan jumlah murid 1729 murid (enrolmen Disember 2020). Murid adalah terdiri daripada lima kelas Pra Sekolah, empat puluh kelas Perdana dan dua kelas Pendidikan Khas. Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) Masalah Pembelajaran telah mula beroperasi mulai Julai 2020. Bilangan guru seramai 91 dan 10 Anggota Kumpulan Sokongan ( AKP).
Jan 2021
Sekolah Kebangsaan Sijangkang telah terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 25 (TS25) Kohort 6 seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
SENARAI GURU BESAR
SK SIJANGKANG
Raja Yusuf Bin Raja Daud 1911 - 1918
En. Sanid Bin Hj. Talib 1918 - 1927
En. Mohd Sani Bin Hasan 1927 - 1928
En. Ahmad Bin Hj. Mohd Saman 1928 - 1929
En. Sanid Bin Hj. Talib 1929 - 1938
En. Johari Bin Jalal 1938 - 1940
En. Mohd Juda Bin OthmaN 1940 - 1948
En. Hasan Bin Ab Hamid 1948 - 1952
En. Mohd Said Bin Mahmud 1952 - 1954
En. Ahmad Bin Cik Cha 1954 - 1956
En. Amir Hassan Bin Ab. Kadir 1956 - 1958
En. Mohd Said Bin Hj. Siraj 1958 - 1969
En. Abdullah Bin Mastam 1969 - 1984
Tn. Hj. Muhamad Bin Ajam 1984 - 1988
En. Hassan Bin Ismail 1988 - 1989
En. Kamain Bin Ab. Samad 1989 - 1989
Tn.Hj. Rahim Bin Sulong 1989 - 1993
En. Abd Ghani Bin Kassim 1993 - 1995
En. Abdul Khalid Bin Abdullah 1995 - 1997
En. Ahmad Bin Yahya 1997 - 2003
En. Toskhan Bin Saring 2003 - 2005
Tn.Hj. Mardi Bin Rahmat 2005 - 2007
En. Zaharuddin Bin Hj. Jamil 2007 - 2010
Tn. Hj. Tomiran Bin Hj. Kasimon 2010 - 2017
Pn. Hjh. Misinah Binti M. Johari 2017 - 2019
Tn. Hj. Mohamad Rosli Bin Azhar 2019 - Hingga kini..