Guru Kompeten Peneraju Pendidikan Futuristik
Selamat datang ke HOMEPAGE Kursus GPPP1092 Pengantar Pengajian Pendidikan
PENGENALAN
DLO-KPPB ini dibangunkan untuk kursus Tahun 1 pelajar PISMP (Ambilan STPM, STAM dan Matrikulasi). DLO ini bertujuan membantu pelajar mengaplikasikan kemahiran digital dalam melaksanakan persekitaran pembelajaran maya, menggunakan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi dengan cekap bagi merungkai pembelajaran untuk Pengantar Pengajian Pendidikan.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini berfokus kepada definisi dan konsep pendidikan, tokoh-tokoh pendidikan mengikut era, perkembangan pendidikan, aspirasi dan halatuju pendidikan, guru berjiwa pendidik, kompetensi guru serta guru dan pemuafakatan komuniti. Kursus ini juga ditawarkan supaya pelajar dapat membentuk sahsiah guru cemerlang dalam memartabatkan profesion keguruan.
This course focuses on the definition and concept of education, prominent educationists according to the era, educational development, educational aspirations and direction, teacher educators, teacher competency and teacher-community partnerships. This course is also offered to determine the character of excellent teachers who can uplift the teaching profession.