Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita melaksanakan Majlis Pelancaran Bulan Pendidikan Digital dan DELIMa. Syabas dan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis kerana telah berjaya merancang untuk mengadakan majlis ini dengan jayanya.
Pada 28 Disember ini akan diadakan Majlis Peluncuran Dasar Pendidikan Digital oelh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sistem pendidikan juga telah mengalami perkembangan terhadap pendidikan digital. Oleh itu kita perlu bergerak seiring bagi mencapai hasrat KPM dalam Gelombang 3 (2021-2025) iaitu untuk memperkasakan ICT dalam Pendidikan. Program ini dilaksanakan untuk memberi pembaharuan dan kaedah pendidikan baru di Malaysia dan merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar dengan menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu secara atas talian . Terdapat kelas daripada sekolah-sekolah di luar dapat mengikuti PdPC dalam satu pengajaran yang mengandungi set induksi yang sangat menarik, menjawab kuiz atau soalan latih tubi, aktiviti individu dan berkumpulan, penilaian serta rekleksi secara serentak sama seperti kelas yang asal, guru hanya sebagai pemudahcara.
Misalnya, kemudahan bilik komputer sebagai tempat pembelajaran digital dapat memberi nilai tambah kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Apakah pendidikan digital?
Pendidikan digital merangkumi pembelajaran mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan teknologi digital serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif dan inovatif untuk melahirkan generasi fasih digital.
Dalam dasar Pendidikan digital ingin melahirkan murid fasih digital iaitu murid yang berupaya menggunakan teknologi digital secara bersepadu , kreatif, inovatif , bertanggungjawab dan beretika untuk
1. Mencipta & menghasilkan inovasi
2. Menganalisis data secara saintifik
3. Menyelesaikan masalah & komunikasi
4. Berkoloberasi dengan berkesan
Selaras dengan penggubalan pelbagai agenda nasional termasuk Membangun Negara MADANI, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara serta cabaran dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa ini, KPM turut mengambil langkah proaktif dengan menggubal Dasar Pendidikan Digital (DPD). Dasar ini menjadi panduan kepada semua pihak berkepentingan untuk mendepani era digital. Selain itu, penerapan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti akan mewujudkan suasana harmoni seterusnya menghindari gejala negatif dalam kalangan warga pendidikan. Semua elemen ini menyumbang dalam menyediakan peluang kepada murid meningkatkan kemahiran dalam pendidikan digital.
Akhirul Kalam, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang dapat menjayakan majlis ini. Tanpa penglibatan semua pihak dalam program ini tidak dapat kita meneruskan agenda memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah ini.
Syabas. Terima kasih.