DELIMa atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia adalah sistem pengurusan pembelajaran secara dalam talian yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar hanya menggunakan akaun Google.
Pengenalan platform ini adalah seiring dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang mana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terus menerapkan unsur inovasi sebagai teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Ini akan menggalakkan budaya inovatif terutamanya kepada murid, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah.
Platform ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja secara atas
Laman Sesawang DELIMa KPM: https://d2.delima.edu.my/
Kod warna melambangkan tahun murid.
Murid Tahun 1 bagi sesi akademik 2023/2024 akan menggunakan kad ID bewarna MERAH ini sehingga tahun 6.
Murid Tahun 2 bagi sesi akademik 2023/2024 akan menggunakan kad ID bewarna UNGU ini sehingga tahun 6.
Murid Tahun 3 bagi sesi akademik 2023/2024 akan menggunakan kad ID bewarna BIRU ini sehingga tahun 6.
Murid Tahun 4 bagi sesi akademik 2023/2024 akan menggunakan kad ID bewarna HIJAU ini sehingga tahun 6.
Murid Tahun 5 bagi sesi akademik 2023/2024 akan menggunakan kad ID bewarna COKLAT ini sehingga tahun 6.
Murid Tahun 6 bagi sesi akademik 2023/2024 akan menggunakan kad ID bewarna KUNING ini sehingga tahun 6.