Pembelajaran secara Hibrid menggunakan Google Workspace for Education

Bawakan yang terbaik dari bilik darjah anda ke Classroom dalam talian.



Pembelajaran secara Hibrid adalah gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka. Ia juga dikenali sebagai Blended Learning.

Kegiatan Pembelajaran Hibrid untuk pelajar memerlukan mereka terlibat dallam pembelajaran dalam talian dan juga secara bersemuka.

Terdapat pelbagai kombinasi dan teknik untuk Pembelajaran secara Hibrid. Ketahui dengan lebih lanjut di bawah.


Transformasi bilik darjah anda menjadi mudah apabila anda tahu cara menggunakan alatan digital.


Alatan digital tidaklah begitu lain dari bahan bantu mengajar yang anda biasa guna. Ketahui dengan lebih lanjut di bawah.




Google Classroom sama sahaja seperti bilik darjah anda, cuma di alam maya. Mengedarkan tugasan dan mengredkan hasil kerja pelajar menjadi lebih mudah bersama Google Classroom.


Buku, buku nota dan buku teks boleh wujud dalam bentuk digital. Buku teks boleh diformatkan ke dalam PDF. Karangan bertulis boleh ditaip di Google Docs. Pembetulan dan ulasan dari guru boleh dibuat secara langsung. Buku sekolah anda boleh diubah suai menjadi Google Docs.


Dari pen marker ke kursor dan dari whiteboard ke slaids pembentangan. Google Slides sesuai digunakan untuk pelajar yang memerlukan sesuatu yang lebih visual dan interaktif dalam proses pembelajaran mereka.




Kuiz, survey, peperiksaan, masih boleh dilaksanakan dengan mudah menggunakan Google Form. Gunakan Google Form bersama dengan Classroom dan Google Sheets untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.


Galakkan sikap berkolaborasi di antara pelajar serta pastikan perbincangan mereka produktif dengan penggunaan Jamboard. Catatkan idea menggunakan nota pelekat, masukkan imej serta lukiskan idea anda dengan Jamboard.



Ketahui Lebih Lanjut


Terokai dunia secara percuma tanpa tiket penerbangan menggunakan Google Earth. Hidupkan kelas Geografi anda menggunakan alatan seperti melukis di map, belajar secara interaktif menggunakan Voyager dan banyak lagi. Tembusi dunia luar dengan Google Earth.



Ketahui Lebih Lanjut


Anda bersedia untuk melaksanakan Pembelajaran Secara Hibrid untuk kelas anda?


Terokai sumber yang lain


Sumber ini di bawa oleh KPM dengan kolaborasi bersama Google