Apabila merancang untuk pelajaran Pembelajaran Hibrid anda, ingat bahawa anda perlu menyediakan pelajaran untuk dua jenis kelas, dalam talian dan secara bersemuka. Adakah ini bermaksud anda perlu membuat dua kali kerja? Sebenarnya tidak, jika anda membuat perancangan dengan baik. Berikut adalah beberapa tips untuk anda memulakan pembelajaran hibrid.
Mula-mula, anda perlu mengenal pasti beberapa elemen utama untuk merancangkan pengajaran Pembelajaran Hibrid anda. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila anda merancang untuk pelajaran hibrid.
Perkara yang penting ialah memikirkan situasi penggunaan terbaik untuk setiap alatan agar anda dapat menyesuaikan dengan objektif pembelajaran. Cari cara terbaik, paling berkesan untuk mencapai sesuatu, dan jika itu memerlukan anda menggunakan alatan dan peranti digital, bagus! Atau jika menggunakan kaedah tradisional lebih sesuai, gunakan itu!
Kenal pasti alatan dan sumber yang anda ada untuk penyampaian pelajaran.
Kenal pasti sama ada pelajar anda mempunyai peranti dan sambungan internet.
Kenal pasti cara terbaik untuk menyampaikan pelajaran anda dan cari alatan yang sesuai dengannya.
Kenal pasti tempoh masa untuk pelajaran anda. Cth.: Adakah anda mempunyai masa untuk melakukan Putaran Stesen atau adakah Flipped Classroom lagi sesuai?
Adakah semua pelajar akan berada di dalam kelas secara fizikal atau adakah mereka akan menjalankan pembelajaran jarak jauh?
Kenal pasti cara terbaik untuk menyampaikan objektif pelajaran anda dan cari alatan terbaik untuknya. Cth.: Gunakan Google Earth untuk menerokai runtuhan purba Machu Picchu.
Kenal pasti cara anda akan menilai hasil kerja dan cari alatan yang paling efisien dan sesuai untuknya.
Seterusnya, semasa perancangan pelajaran, pergi ke Google Classroom untuk merancang pelajaran dan aktiviti sebelum kelas anda bermula.
Amalan yang terbaik adalah untuk memula perancangan dan membina pelajaran anda secara digital, supaya lebih mudah untuk anda mengubah suai pelajaran anda untuk kelas yang berbeza dan memperibadikan aktiviti untuk pelajar yang berbeza. Paling penting, anda tidak akan kehilangan kerja kerana semuanya boleh disimpan dalam cloud dan anda boleh membuat salinan dalam komputer riba anda.
Jika anda ingin mengetahui cara mengatur pelajaran dalam Google Classroom, lihat modul ini dalam KGDL pada:
Semasa waktu kelas, anda boleh memilih untuk merakam diri anda mengajar atau menstrim secara langsung pelajaran anda kepada pelajar di rumah.
Rakam diri anda mengajar menggunakan Papan Putih atau Demonstrasi Pengajaran
Bahan yang anda perlukan:
Telefon pintar dengan kamera.
Sambungan internet
Papan putih
Bahan lain untuk pelajaran anda.
Cara merakam pengajaran sendiri:
Buka fungsi kamera telefon pintar anda.
Mula merakam semasa anda mengajar dan/ atau semasa demonstrasi pengajaran.
Setelah pelajaran tamat, tamatkan rakaman.
Pindahkan fail video ke komputer riba anda untuk mengedit video (atau gunakan telefon pintar anda untuk mengedit jika ia mempunyai fungsi tersebut).
Setelah diedit, muat naik video anda ke dalam Classroom atau muat naik ke Youtube.
Kongsi video tersebut dengan pelajar anda.
Rakam diri anda mengajar menggunakan Slaid Google dan Screencastify
Bahan yang anda perlukan:
Komputer riba dengan kamera web
Sambungan internet
Disyorkan: Gunakan Screencastify untuk merakam video
Slaid Persembahan pada Slaid Google
Bahan lain untuk pelajaran anda.
Cara merakam pengajaran sendiri:
Gunakan Chrome browser anda dan tambahkan sambungan Screencastify pada Chrome anda.
Buka pembentangan Slaid Google anda untuk memulakan pelajaran anda.
Klik pada sambungan Screencastify untuk mula merakam. Anda boleh memilih untuk membuka kamera web untuk merakam muka anda semasa mengajar.
Setelah pelajaran tamat, tamatkan rakaman.
Simpan rakaman video anda ke dalam Google Drive.
Muat naik video anda dari Google Drive ke Bilik Darjah atau muat naik ke Youtube.
Kongsi pelajaran video dengan pelajar anda.
Strim langsung pelajaran anda dengan pelajar dalam kelas dan pelajar di rumah
Bahan yang anda perlukan:
Telefon pintar dengan kamera dan/atau Komputer riba dengan Kamera Web
Google Meets
Sambungan internet
Papan putih atau Slaid Google.
Projektor (jika ada)
Bahan lain untuk pelajaran anda.
Petua: Pakai fon telinga bluetooth untuk kejelasan yang lebih baik untuk pelajar dalam Google Meets.
Cara merakam pengajaran sendiri:
Persediaan ini adalah untuk pengajaran secara langsung untuk pelajar di dalam bilik darjah dan di rumah secara serentak.
Sediakan kamera telefon pintar atau kamera web komputer riba anda untuk menghadap guru di hadapan kamera.
Buka Google Meets untuk memasukkan pelajar dari dalam talian.
Mulakan pelajaran anda dan pastikan kedua-dua kumpulan pelajar boleh mendengar dan juga terlibat dengan pelajaran anda.
Anda juga boleh merakam Google Meets dan memuat naik rakaman ke Bilik Darjah atau Youtube untuk tontonan kemudian.
Lihat bagaimana Cikgu Benny menyediakan Pembelajaran Hibridnya.
"Saya seorang guru Fizik T4 dan T5 dan saya menjalankan pembelajaran hibrid di makmal Fizik yang mempunyai projektor.
Saya menggunakan dua peranti, iaitu laptop yang mempunyai webcam, dan peranti smartfon yang dipasang pada tripod. Bagi laptop, seperti biasa saya menghostkan Google Meet dan memaparkan bahan pembelajaran melalui projektor. Pada masa yang sama, peranti smartfon saya juga login masuk ke Google Meet yang sama, dan menunjukkan kamera yang menghadap skrin projektor. Saya menggunakan wireless earphone sambung ke smartfon dan hanya buka mic melalui smartfon tetapi mutekan dan tutup bunyi laptop utk elakkan berlaku gangguan (humming).
Semasa pembelajaran dijalankan, saya dapat berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka, dan pada masa sama pelajar-pelajar dalam Google Meet boleh nampak muka saya melalui kamera smartfon."
Tips dari Cikgu Benny tentang Pembelajaran Hibrid
Galakkan pelajar menggunakan akaun DELIMa untuk auto masuk ke Google Meet bagi elakkan gangguan proses pembelajaran.
Bagi laptop, tidak perlu share screen tetapi bila sambung ke projektor, pilih extend mode di mana bahan pengajaran dipaparkan pada skrin projektor. Jadi bagi screen 1 di laptop, guru boleh buka Google Meet untuk control dan membawa mesej pelajar.
Tutup mic dan sound laptop, guna wireless earphone yang sambung ke handphone untuk guru bergerak secara fleksibel.
Mengapa nak buka mic smartfon? Supaya pelajar pinkan kamera yang tunjuk skrin projektor dalam Google Meet, jadi mereka akan nampak 'spotlight' Google Meet bagi layout.
Sebelum mula, test dahulu suara. Supaya pelajar dalam Google Meet boleh dengar dengan jelas.
Sumber ini di bawa oleh KPM dengan kolaborasi bersama Google