Cari kaedah yang sesuai untuk anda.
Anda boleh anggapkan Pembelajaran Hibrid (atau Blended learning) sebagai berada di sebuah spektrum. Tiada satu cara yang betul dalam pelaksanaan Pembelajaran Hibrid. Apabila menggunakan kaedah Pembelajaran Hibrid, anda boleh menggabungkan fleksibiliti pengajaran dalam talian dengan kelebihan pengajaran secara bersemuka.
Ketahui tentang pelbagai jenis Pembelajaran Hibrid di bawah dan cari pendekatan yang paling sesuai untuk anda dan kelas anda.
Lebih banyak integrasi digital yang ada di bilik darjah, lebih banyak kaedah pembelajaran boleh disuaikan untuk pelajar. Pembelajaran Hibrid membolehkan pelajar memiliki kawalan ke atas beberapa elemen pengalaman pembelajaran mereka:
Masa
Tempat
Path
Kadar kelajuan
Masa
Pelajar menentukan masa terbaik untuk mereka menyelesaikan pelajaran mereka. Mengikut susunan masa mereka sendiri, pelajar juga boleh menentukan berapa lama mereka perlu meluangkan masa untuk mengulang kaji pelajaran. Selagi guru menetapkan tempoh masa untuk tugasan, pelajar boleh tahu bila mereka perlu menyerahkan kerja, fleksibiliti ini boleh memperkasakan pelajar.
Tempat
Pelajar tidak perlu terikat di satu lokasi untuk belajar. Mereka boleh menyelesaikan kerja mereka di mana-mana sahaja asalkan mereka mempunyai peranti dan akses internet. Pelajar yang mungkin tidak memahami pelajaran semasa waktu kelas, boleh pulang ke rumah dan mengulang kaji semula pelajaran mengikuti masa mereka sendiri.
Perjalanan
Pelajar boleh memilih cara terbaik untuk belejar yang sesuai dengan mereka yang membolehkan pelajar mencari cara terbaik untuk belajar secara berdikari. Ini bermakna mereka memilih medium terbaik untuk mereka belajar, sama ada audio, teks, visual, dan lain lain. Ini juga memberi mereka agensi untuk mengambil pembelajaran ke dalam tangan mereka sendiri.
Kadar
Pelajar mempunyai fleksibiliti untuk belajar pada kadar yang terbaik untuk mereka. Pelajar yang cepat memahami pelajaran tidak perlu menunggu orang lain manakala pelajar yang memerlukan lebih banyak masa untuk memahami sesuatu pelajaran baru, boleh berbuat demikian tanpa kekangan masa.
Apabila mereka bentuk kelas Pembelajaran Hibrid, pendekatan yang paling berkesan ialah membina pelajaran anda dalam talian terdahulu. Contohnya, lembaran kerja digital boleh dimuat turun dan dicetak dengan mudah daripada versi dalam talian. Di bawah ialah beberapa tips lain untuk guru memulakan Pembelajaran Hibrid.
Menguasai Asas Teknologi
Hubungkan pelajar di kelas bersemuka dan pelajar dalam talian
Kongsi agenda dan rancangan pengajaran
Luangkan masa untuk pelajar dalam talian
Menguasai Asas Teknologi
Terdapat banyak alatan digital yang tersedia, maka semakin mencabar bila ingin mencari alatan digital yang baik untuk bilik darjah anda. Mulakan dengan mengenal pasti keperluan pengajaran dan pembelajaran anda dan kemudian cari alatan yang paling sesuai untuk anda dan pelajar anda. Kemudian, pastikan anda dan pelajar anda menguasai asas penggunaan alatan tersebut.
Hubungkan pelajar di kelas bersemuka dan pelajar dalam talian
Jika anda mengajar beberapa pelajar secara bersemuka serta beberapa pelajar dalam talian secara serentak, pastikan pelajar dalam talian berasa mereka terlibat secara aktif dan bukan hanya sebagai penonton. Jika boleh, minta semua pelajar berada dalam talian, kemudian gunakan fungsi chat untuk kerjasama secara langsung. Apabila melakukan kerja berkumpulan, campurkan pelajar supaya semua boleh berkolaborasi bersama.
Kongsi agenda dan rancangan pengajaran
Untuk membantu semua pelajar bersedia dalam secara hibrid, pastikan mereka mengetahui agenda hari itu. Mulakan pelajaran dengan membincangkan rancangan pengajaran atau sediakan beberapa soalan prakerja sebelum kelas supaya semasa waktu kelas,guru boleh tumpukan kepada aktiviti kelas yang bersifat kolaboratif.
Luangkan masa untuk pelajar dalam talian
Bagi pelajar dalam talian, sangat senang untuk mereka berasa terpencil daripada kelas disebabkan mereka tidak hadir secara fizikal. Oleh itu, guru perlu mengambil inisiatif untuk meluangkan sedikit masa bersama pelajar ini untuk memberikan perhatian khas untuk mereka. Jadualkan persidangan dalam talian secara individu atau berkumpulan di luar waktu kelas bersama mereka untuk menyemak kerja dan pemahaman mereka.
Pembelajaran Hibrid (atau Blended learning) terdapat pelbagai kaedah. Adalah penting untuk diingat bahawa pembelajaran secara Hibrid boleh memberikan guru fleksibiliti untuk mengatur pelajaran agar sesuai dengan keperluan mereka. Anda boleh mencuba satu kaedah untuk kelas anda, cuba gabungkan beberapa kaedah atau ubah suai beberapa pendekatan yang dicadangkan di sini.
Model Flipped Classroom menukarkan kaedah penyampaian pelajaran secara tradisional ddengan mengubah suai masa kelas dan kerja rumah. Pelajar akan belajar di rumah melalui kerja kursus dalam talian, dan guru boleh menggunakan masa kelas untuk latihan atau aktiviti berkolaboratif. Model ini membolehkan guru menggunakan masa kelas membuat pendekatan pelajaran secara mendalam.
Apabila melakukan pembelajaran hibrid, pastikan semua pelajar membuat kerja kursus dalam talian. Selepas itu, semasa waktu kelas, guru boleh menjalankan kerja berkumpulan antara pelajar secara bersemuka dan dalam talian.
Model Putaran Stesen membolehkan pelajar berputar melalui stesen pada jadual yang di tetapkan, di mana sekurang-kurangnya satu stesen adalah stesen pembelajaran dalam talian.
Pendekatan ini membantu menyelesaikan masalah peranti yang terhad. Tetapkan satu stesen untuk penggunaan peranti digital dan dengan memutar kumpulan pelajar satu demi satu, semua pelajar mempunyai peluang untuk menggunakan peranti tersebut pada masa yang berbeza.
Model Sekolah Maya merupakan alternatif kepada sekolah kerana ia berkaedah dalam talian sepenuh masa dan pelajar hanya datang ke sekolah bila perlu sahaja. Kaedah ini membolehkan pelajar menyelesaikan sebahagian besar kerja kursus dalam talian di rumah atau di luar sekolah, tetapi menghadiri sekolah untuk sesi pembelajaran bersemuka yang diperlukan dengan guru. Berbeza sedikit dari Flipped Classroom, model Sekolah Maya ini biasanya tidak memerlukan kehadiran sekolah setiap hari; sesetengah program mungkin hanya memerlukan kehadiran dua kali seminggu. Model ini sangat sesuai untuk pembelajaran hibrid.
Memperibadikan pelajaran untuk pelajar yang bertahap berbeza dan gaya pembelajaran yang berbeza sanagat mencabar, walaupun dalam bilik darjah secara bersemuka.
Ketahui cara untuk memperibadikan pembelajaran dengan Pembelajaran Hibrid.
Dalam bilik darjah secara secara bersemuka, budaya dan peraturan kelas sangat penting dan jika terdapat budaya bilik darjah yang positif, pengalaman pembelajaran juga akan positif.
Semasa menjalankan Pembelajaran Hibrid, wujudkan budaya dan peraturan kelas yang sesuai untuk pembelajaran hibrid.
Bawakan yang terbaik daripada Google kepada pendidikan,
sama ada dalam talian atau bersemuka,
untuk membantu mengubah pengajaran dan pembelajaran.
Fikirkan tentang cara terbaik untuk memenuhi objektif pembelajaran anda, dan ini boleh bermakna anda mengamalkan kaedah integrasi digital penuh atau integrasi digital yang minimum.
Cari alatan digital yang terbaik untuk menyampaikan pelajaran anda.
Cuba dan bereksperimen dengan beberapa cara pengajaran menggunakan teknologi. Kadang-kadang ia memerlukan beberapa percubaan untuk mendapatkan kaedah yang terbaik untuk anda dan pelajar.
Jangan fikir Pembelajaran Hibrid ada satu kaedah yang sesuai untuk semua ataupun satu templat sahaja. Cari yang kaedah terbaik untuk anda.
Jangan fikir semuanya memerlukan peningkatan digital. Teknologi harus menyokong dan meningkatkan pengalaman bilik darjah anda, bukannya membebankan.
Sumber ini di bawa oleh KPM dengan kolaborasi bersama Google