Kursus ini berfokus kepada pengenalan kokurikulum, penubuhan unit-unit kokurikulum, peranan guru penasihat, dasar dan pelaksanaan kokurikulum di sekolah, pengenalan kepada kesihatan dan kesejahteraan diri, isu dan langkah pengawalan kesihatan diri, pemakanan dan diet seimbang. Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat meningkatkan dan memantapkan lagi kompetensi diri berkaitan konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan kokurikulum dan kepentingan aspek-aspek kesihatan diri serta isu-isu kesihatan melibatkan pemakanan, penyakit berjangkit dan penyalahgunaan bahan.
Pada akhir pembelajaran:
Pelajar dapat mengenal pasti dan menjelaskan setiap bahagian dalam piramid makanan.
Pelajar dapat menyenaraikan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.
Pelajar dapat mengenal pasti dan menjelaskan pelbagai jenis diet popular seperti diet keto, diet atkins, dan diet kalori.
Pelajar dapat menerangkan apa itu elektrolit dan peranan penting mereka dalam badan.