♥️PELAKSANAAN PENARAFAN BINTANG DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)💕
> Penarafan Bintang
KLIK UNTUK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA PENAKHAS.COM
♥️PELAKSANAAN PENARAFAN BINTANG DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)💕
> Penarafan Bintang
Matlamat dan Objektif Utama
Laman sesawang ini bertujuan menjadi hab digital pusat untuk guru bagi memudahkan akses kepada bahan, idea dan cadangan pengurusan Penarafan Bintang.
Menyediakan platform yang mudah diakses untuk maklumat Penarafan Bintang.
Membolehkan guru memuat turun bahan pengurusan dan pautan pendidikan yang relevan berkaitan Penarafan Bintang pada bila-bila masa.
Teknologi dan Reka Bentuk
Platform Pembangunan: Menggunakan platform pembina laman sesawang yang mesra pengguna iaitu Google Sites untuk memudahkan penyelenggaraan.
Reka Bentuk Responsif: Memastikan laman sesawang boleh diakses dan kelihatan baik pada semua peranti (komputer, tablet, telefon pintar).
Fokus Pengguna: Antara muka yang bersih, intuitif, dan mudah dinavigasi agar maklumat dapat dicari dengan cepat.
Penarafan Bintang PPKI merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur keberkesanan dan kecekapan PPKI di Malaysia. Melalui penarafan bintang, pengiktirafan penghargaan diberikan kepada pihak sekolah bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PPKI masing-masing. Penarafan Bintang PPKI ini dibina berdasarkan Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 dan SKPMg2 serta disesuaikan mengikut konteks PPKI. Punca kuasa seperti berikut :
Soalan 1 : Adakah PPKI perlu mengisi semula Instrumen Penilaian Kendiri ?
Jawapan : Tidak, walau bagaimanapun, PPKI yang baharu beroperasi digalakkan untuk tujuan penambahbaikan pengoperasian PPKI.
Soalan 1 : Apakah perbezaan Instrumen Penilaian Kendiri PPKI dan Instrumen Penarafan Bintang PPKI?
Jawapan : Instrumen Penilaian Kendiri PPKI dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan pengoperasian PPKI berdasarkan isi kandungan Buku Panduan Pengoperasian PPKI, manakala Instrumen Penarafan Bintang PPKI bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara formal dan holistik.
Soalan 3 : Adakah semua PPKI perlu mengisi Instrumen Penarafan Bintang PPKI?
Jawapan : Ya, semua PPKI yang telah genap setahun beroperasi perlu mengisi Instrumen Penarafan Bintang PPKI.
Soalan 4 : Siapakah yang terlibat dalam mengisi skor Instrumen Penarafan Bintang PPKI?
Jawapan : PGB dan dibantu oleh PKPK perlu mengisi Instrumen Penarafan Bintang PPKI (setelah mengadakan perbincangan bersama-sama guru PPKI).
Soalan 5 : Adakah guru PPKI perlu melaksanakan semula penilaian kendiri PdPc menggunakan SKPMg2 di dalam Instrumen Penarafan Bintang PPKI?
Jawapan : Tidak, guru PPKI hanya perlu memindahkan skor yang telah diperoleh daripada SKPMg2 yang telah dilaksanakan dalam tapak rumusan standard 4 Instrumen Penarafan Bintang PPKI.