♥️PELAKSANAAN PENARAFAN BINTANG DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)💕
> Instrumen Penarafan Bintang
KLIK UNTUK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA PENAKHAS.COM
Kepimpinan Instruksional (PGB) : PGB menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar.
PGB menjalankan tugas pencerapan PdPc serta memberi bimbingan yang sewajarnya kepada GPKI. [STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (SEKOLAH)]
PGB menggalakkan warga PPKI supaya bersikap kreatif dan inovatif dalam PdPc. [MInit Mesyuarat Kurikulum]
PGB memantau kemajuan pencapaian serta keperluan MBPK. [Laporan Pencapaian MBPK]
PGB memastikan segala program/ aktiviti berjalan lancar mengikut takwim. [Laporan Program]
PGB menjalankan tugas sebagai mentor dalam pentadbiran dan pengurusan PPKI. [Perbincangan Profesional]
Pengurusan Kewangan Kerajaan (PKPK/ Penyelaras PPKI) : Kewangan kerajaan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan optimum.
Diurus secara telus dan berkesan serta mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
Dirancang perbelanjaannya berdasarkan peruntukan.
Dimaklumkan kepada guru tentang kewangan berkaitan agihan, peruntukan dan perbelanjaan di PPKI.
Peruntukan PCG mencukupi mengikut bilangan MBK PPKI berdasarkan arahan semasa.
Tidak menyumbang kepada Laporan Audit Berteguran sekolah.
Dikawal secara terancang bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.
[Eviden : Geran Per Kapita (PCG)/ Kertas Kerja/ Nota Minta/ LO]
Kemahiran Motivasi dan Dorongan (PGB/ (PKPK/ Penyelaras PPKI) : PGB/ PKPK/ Penyelaras PPKI berupaya memotivasikan warga PPKI untuk meningkatkan kualiti kerja.
Sokongan sepenuhnya dari segi moral dan material kepada warga PPKI.
Galakan dan bimbingan yang boleh meningkatkan profesionalisme warga PPKI.
Teguran yang boleh meningkatkan motivasi dan tahap pencapaian warga PPKI. [Minit Mesyuarat PPKI]
Penghargaan yang boleh menjurus ke arah kejayaan warga PPKI. [Sijil Penghargaan]
Kemahiran Merancang (PKPK/ Penyelaras PPKI) : PKPK/ Penyelaras PPKI menerajui penyediaan takwim PPKI dan perancangan operasi untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.
Merangkumi kurikulum, kokurikulum, sukan, hal ehwal murid, kewangan, sumber manusia, kemudahan dan keperluan asas PPKI. [Takwim]
Disediakan berasaskan analisis SWOT (strength, weakness, opportunity, threat). [SWOT]
Disediakan memenuhi kriteria SMART (specific, measurable, achievable, realistic, time - bound). [SMART]
Sasaran berdasarkan pencapaian objektif tahunan RPI, potensi murid, isu yang dikenal pasti dan sumber yang ada. [RPI]
Strategi yang tepat dan jelas dirangka untuk membolehkan sasaran tercapai. [Laporan Program]
Pemantauan dan penilaian dirancang bagi memastikan program dilaksanakan dengan berkesan. [Instrumen Penilaian Kendiri]
Gaya Kepimpinan (PKPK/ Penyelaras PPKI) : PKPK/ Penyelaras PPKI mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk mengembeleng tenaga warga PPKI ke arah pencapaian matlamat PPKI.
Sesuai mengikut situasi.
Bertindak secara proaktif untuk melaksanakan perubahan ke arah tindakan pembetulan/ penambahbaikan.
Berintegriti.
Bersikap profesional dalam melaksanakan tindakannya.
Berpengetahuan luas untuk menjana idea yang bernas.
Berkemahiran dalam membimbing.
Mengamalkan budaya berdaya saing yang menjadi ikutan warga PPKI dalam melaksanakan tugas.
Mendapatkan maklum balas gaya kepimpinannya untuk penambahbaikan sepertI mewujudkan peti cadangan dll.
[Minit Mesyuarat PPKI/ Peti Cadangan]
Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah (PKPK/ Penyelaras PPKI) : PKPK/ Penyelaras PPKI berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan PPKI.
Mengenal pasti punca masalah dan mengambil kira semua faktor serta mematuhi peraturan dan prosedur dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan adil, tegas, telus, cepat dan tepat sama ada secara individu atau kolektif mengikut keperluan.
Mengambil langkah kawalan, pencegahan dan tindakan awal yang berkesan bagi memastikan masalah tidak berulang.
Menyelesaikan keseluruhan masalah.
[Minit Mesyuarat PPKI]
Dasar dan Peraturan : Pengurusan PPKI mematuhi dasar dan peraturan.
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).
Surat Siaran.
Kemahiran Komunikasi (PKPK/ Penyelaras PPKI) : PKPK/ Penyelaras PPKI mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat
Menggunakan komunikasi pelbagai hala yang berkesan dalam menyampaikan idea, maklumat dan arahan dengan mengambil kira keperluan semua pihak yang berkepentingan untuk kemajuan program.
Sedia mendengar dan memanfaatkan pandangan yang berbeza melalui perspektif yang positif untuk kemajuan program.
Menyampaikan maklumat terkini kepada warga PPKI dan ibu bapa dengan cepat, tepat dan jelas.
Menyampaikan keseluruhan arahan dengan jelas.
Berkomunikasi dengan berkesan dan tidak menyebabkan perselisihan faham dalam kalangan warga PPKI.
[Eviden : WhatApps/ Telegram/ Facebook/ YouTube]
Pengurusan Sumber Manusia : Pengurusan guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga PPKI.
Potensi, kemahiran dan pengalaman keseluruhan guru Pendidikan Khas dan PPM dikenal pasti. [Data GPKI & PPM]
Tugas diagihkan secara seimbang meningkatkan kualiti kerja, memberi kepuasan dan keseronokan bekerja. [Carta Agihan Tugasan] [Buku Panduan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas]
Prestasi kerja guru Pendidikan Khas dan PPM dinilai secara sistematik, tepat, adil, telus dan berterusan. (SKT)
Hasil penilaian prestasi dimaklumkan kepada GPKI dan PPM yang berkenaan. [Rekod Prestasi]
JK Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) : JPKS ditubuhkan bagi mengurus pelaksanaan PPKI dan PPI dengan berkesan.
Dipengerusikan oleh PGB. [Surat Lantikan JK] [Carta Jawatankuasa]
Fungsi dan tugas setiap ahli jawatankuasa diperincikan. [Peranan dan Tanggungjawab]
Merancang aktiviti PPKI dan PPI selaras dengan perancangan operasi sekolah yang mantap. [Perancangan Operasi]
Memantauan dilaksanakan terhadap aktiviti/ program yang dirancang.
Penilaian dilaksanakan terhadap aktiviti/ program yang dilaksanakan. [MInit Mesyuarat JPKS]
Penambahbaikan dilaksanakan terhadap aktiviti/ program.
Pendokumentasian lengkap disediakan dan dikemas kini. [Laporan Program]
Pengurusan Fizikal : Pengurusan fizikal PPKI diurus untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga PPKI.
Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas PPKI mencukupi dan disusun atur mengikut kesesuaian dan keperluan MBPK, GPKI serta PPM. [Data Kemudahan OKU]
Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas PPKI diperiksa dan diselenggara untuk memastikannya dalam keadaan selamat, berfungsi serta digunakan secara optimum. [Rekod Penggunaan]
Penyediaan ruang/ sudut perbincangan, pengurusan diri, rujukan, audio dan ICT disediakan mengikut keperluan. [Bilik-bilik Khas]
Pemantauan dilaksanakan oleh PGB secara terancang dan mempunyai inisiatif yang jelas untuk mengatasi kekurangan tersebut. [Laporan Pembangunan]
Pengurusan Aset : Pengurusan aset PPKI diurus untuk memastikan peralatan yang dibekalkan ada dan berfungsi.
Harta modal dan inventori diurus mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menggunakan harta modal dan inventori secara optimum. [Rekod Penggunaan]
Mengambil tindakan terhadap pemeriksaan harta modal dan inventori.
Perolehan, penggunaan dan penyelenggaraan direkodkan dan dikemas kini. [LO] [Kad Pendaftaran Harta Modal KEW.PA-2] [Kad Pendaftaran Inventori KEW.PA-3]
Pengurusan Kelas : Pengurusan kelas diurus untuk memastikan keselesaan MBPK.
Lokasi kelas PPKI mengikut kesesuaian MBPK.
Kelas PPKI mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
Pemantauan kelas kondusif dilaksanakan oleh PGB secara terancang sebagai asas untuk tindakan pembetulan/ penambahbaikan.
Susun atur perabot mengikut kesesuaian dan keselamatan MBPK.
[Laporan Pembangunan]
Pengurusan Data dan Maklumat : Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan.
Disimpan dengan kaedah yang sistematik dan sesuai.
Lengkap dan dikemas kini.
Mudah diakses.
Dianalisis dan dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti pengurusan serta prestasi MBPK.
Disebar luas kepada warga sekolah.
[Google Sites] [Google Drive CM-7] [Fail]
Pengurusan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) : Pengurusan PPPB dimanfaatkan oleh warga PPKI.
Pengurusan PPKI menggunakan platform PPB sebagai salah satu wahana untuk menyampaikan maklumat berkaitan :
Kurikulum PPKI.
Kokurikulum PPKI.
Hal ehwal murid PPKI.
Maklumat PPKI dan PPI kepada warga sekolah.
Maklumat pelaksanaan PPB yang berkaitan PPKI dan PPI disediakan.
Bahan pembentangan berkaitan didokumentasikan dan dikemas kini sebagai rujukan.
[Google Sites Info PPKI]
Pengurusan Mesyuarat : Pelibatan PPKI dalam mesyuarat sekolah.
Guru PPKI terlibat dalam mesyuarat sekolah mengambil kira :
Mesyuarat guru.
Mesyuarat panitia sekolah.
Jawatankuasa Kurikulum sekolah.
Jawatankuasa Kokurikulum sekolah.
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid sekolah.
Jawatankuasa PIBG sekolah.
Maklumat dan bahan mesyuarat lengkap didokumentasi dan dikemas kini.
[Minit Mesyuarat]
Pelibatan Warga sekolah, ibu bapa dan Komuniti : Pelibatan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti diwujudkan untuk manfaat PPKI.
Pelibatan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti merangkumi :
Maklumat tentang PPKI dari segi pembangunan, pencapaian dan kejayaan MBPK PPKI dihebahkan untuk pengetahuan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. [Google SItes] [WhatApps] [Telegram] [Facebook] [YouTube]
Hubungan erat dengan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti diwujudkan melalui pelbagai cara. [JK Biro Pendidikan Khas]
Warga sekolah, ibu bapa dan komuniti terlibat dalam aktiviti PPKI. [Laporan Program]
Pelbagai bentuk sumbangan diterima bagi menggerakkan PPKI ke arah kecemerlangan khususnya daripada sekolah, ibu bapa dan komuniti. [Kertas Kerja]
Pengurusan Lawatan : Pengurusan lawatan penanda aras di PPKI.
PPKI menerima lawatan penanda aras di peringkat kebangsaan.
PPKI terlibat dalam aktiviti/ program bersama-sama Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK).
PPKI mengadakan perkongsian pintar dengan mana-mana agensi kerajaan.
PPKI mengadakan perkongsian pintar dengan mana-mana agensi swasta.
[Perkhidmatan Sokongan] [Kertas Kerja]
Pengurusan Kemudahan Khusus Kendidikan Khas : Pengurusan kemudahan mesra OKU.
Kemudahan mesra OKU di sekolah disediakan mengikut spesifikasi dengan mengambil kira:
Parkir OKU.
Tandas mesra OKU.
Susur landai (ramp).
Susur tangan (railing).
[Data Kemudahan Mesra OKU]
Pengurusan Peralatan : Pengurusan peralatan pembelajaran dan pemudahcaraan serta peralatan khusus pendidikan khas.
Keseluruhan peralatan pembelajaran dan pemudahcaraan serta peralatan khusus pendidikan khas mengambil kira :
Didaftarkan mengikut tatacara pengurusan aset kerajaan. [Kad Pendaftaran]
Mencukupi dan diagihkan mengikut kesesuaian dan keperluan MBPK.
Digunakan secara optimum oleh MBPK. [Rekod Penggunaan]
Diperiksa dan diselenggara untuk memastikannya selamat dan berfungsi.
Rekod pendaftaran dan penyelenggaraaan dikemas kini.
Jadual Waktu : Jadual waktu disediakan bagi membolehkan pembelajaran dan pemudahcaraan dilaksanakan dengan teratur.
Jadual Waktu Induk, Jadual Waktu Kelas Pendidikan Khas dan Jadual Persendirian Guru Pendidikan Khas disediakan mengikut surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuatkuasa.
Jadual Waktu Induk dan Jadual Waktu Kelas Pendidikan Khas mengambil kira keperluan individu murid.
Guru mematuhi jadual waktu (termasuk jadual waktu PPI).
Guru mematuhi peruntukan masa yang ditetapkan serta komponen mata pelajaran yang dipilih.
PGB mengesahkan keseluruhan jadual waktu.
PGB membuat pemantauan terhadap kepatuhan peru ntukanjadual waktu.
[Jadual Waktu Kelas] [Jadual Waktu Guru] [Jadual Kelas PPI]
Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) : RPI dilaksananan bagi memenuhi keperluan pembelajaran MBPK.
Menyokong dasar pelaksanaan Program Pendidikan Khas.
Melibatkan kebanyakan Panel Permuafakatan RPI (pentadbir sekolah, guru- guru, PPM, ibu bapa/ penjaga, komuniti dan kumpulan pelbagai disiplin) bagi menyediakan perancangan untuk setiap MBK secara komprehensif.
Dilaksanakan secara terancang.
Dirujuk oleh hampir keseluruhan Panel Permuafakatan RPI secara menyeluruh untuk tujuan PdPc.
Mempunyai strategi yang tepat dan dirangka untuk membolehkan sasaran yang ditetapkan tercapai.
[Google Sites RPI]
Pengurusan Peperiksaan dan Pentaksiran : Pentaksiran/penilaian/diagnostik diurus untuk mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran MBPK.
Perancangan tahun semasa. [Jadual Kerja]
Soalan penilaian disediakan berasaskan aras keupayaan MBPK. [Ujian Formatif]
Dianalisis bagi mengesan pencapaian, mengenal pasti isu, kekuatan dan kelemahan MBPK.
Hasil analisis digunakan untuk tindakan pembetulan/ penambahbaikan bagi semua MBPK.
Direkodkan dengan lengkap dan dikemas kini bagi semua MBPK. [Data Pencapaian MBPK]
Pelaksanaan Tempoh Percubaan Tidak Melebihi Tiga Bulan : Pelaksanaan tempoh percubaan tidak melebihi tiga bulan bagi MBPK.
MBPK yang ditempatkan di PPKI dan PPI menjalani tempoh percubaan tidak melebihi tiga (3) bulan bagi menentukan kesesuaian penempatan MBPK.
Penilaian laporan tempoh percubaan.
Penyediaan laporan tempoh percubaan mendapat perakuan ibu bapa/ penjaga berdasarkan pemerhatian dan instrumen berkaitan.
Pengesahan penempatan dibuat oleh sekurang-kurangnya dua panel yang terdiri
daripada:
PGB/ PKPK/ Penyelaras PPKI.
Pegawai JPN/ PPD.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/Jabatan Pembangunan Orang
Kurang Upaya (JPOKU).
Pencapaian MBPK PPKI dan PPI : Pencapaian MBPK di PPKI dan MBPK di PPI.
Direkod dan dianalisis dalam bentuk markah ujian/ pentaksiran dan peperiksaan awam untuk mengenal pasti MBK yang telah/ belum menguasai hasil pembelajaran yang dijangkakan. [Pencapaian MBPK]
Hasil pencapaian MBPK dilaporkan kepada pihak yang berkenaan (murid sendiri, ketua panitia, Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS), ibu bapa dan pihak sekolah). [JPKS]
Tindakan susulan di peringkat kelas, panitia dan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah dirancang dan direkodkan.
Pengurusan intervensi dilaksanakan mengikut analisis pencapaian MBPK. [RPI]
Penghargaan dan Pengiktirafan : Penghargaan dan pengiktirafan diurus untuk memberi pengiktirafan kepada MBPK.
Menetapkan dasar memberi penghargaan dan pengiktirafan. [Majlis Apreasiasi]
Mempelbagaikan bentuk penghargaan (seperti pemberian sijil, hadiah, menyertai lawatan dan jamuan). [Salinan Sijil]
Keseluruhan penghargaan dan pengiktirafan direkodkan. [Data Pencapaian MBPK]
Menghebahkan penghargaan dan pengiktirafan yang telah diberikan. [Media Sosial] [Google Sites Laporan Program]
Pensijilan (rendah dan menengah) dan Pentauliahan (menengah) : Pengurusan pensijilan dan pentauliahan diurus untuk memberi pengiktirafan kepada MBPK.
Menetapkan dasar memberi pensijilan dan pentauliahan kepada MBPK PPKI yang mengikuti Kurikulum Pendidikan Khas rendah dan menengah.
Keseluruhan maklumat pensijilan dan pentauliahan kepada MBPK direkodkan.
Maklumat pensijilan dan pentauliahan kepada MBPK dikemas kini. [Data Pencapaian MBPK]
Menghebahkan maklumat pensijilan dan pentauliahan kepada MBPK kepada warga sekolah dan ibu bapa. [Media Sosial] [Google Sites Laporan Program]
Pengurusan Disiplin : Pengurusan disiplin MBPK diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif MBPK.
Peraturan dan prosedur panduan tatatertib MBPK di dalam dan di luar kelas disediakan.
Pemimpin dalam kalangan MBPK berfungsi.
Maklumat keperluan disiplin MBPK diterjemahkan di dalam RPI.
MBPK yang perlu diberi perhatian khas untuk tujuan kemajuan/ pengukuhan/ bimbingan/ pencegahan dan pemulihan dikenal pasti.
Program kemajuan/ pengukuhan/ bimbingan/ pencegahan dan pemulihan disiplin dirancang dan dilaksanakan.
Program kemajuan/ pengukuhan/ bimbingan/ pencegahan dan pemulihan disiplin dipantau oleh PGB.
Program kemajuan/ pengukuhan/ bimbingan/ pencegahan dan pemulihan disiplin lengkap didokumentasi.
Bimbingan dan Kaunseling : Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling MBPK.
Khidmat penyuburan dan penggayaan meliputi semua aspek perkembangan diri diberikan mengikut keupayaan MBPK.
Khidmat pencegahan iaitu menghindarkan MBPK daripada terlibat dalam perbuatan salah laku diberikan.
Khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan MBPK yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial diberikan agar MBPK dapat menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
MBPK yang dikenal pasti diberikan bantuan mengikut keperluan.
Maklumat mengenai insiatif kepada MBPK disebar luas kepada ibu bapa/ penjaga.
Maklumat berkaitan program bimbingan dan kaunseling/ bimbingan ke arah kerjaya MBPK didokumentasikan serta dikemas kini.
Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) : Pengurusan dan pemberian EMBPK diurus mengikut ketetapan dan prosedur.
MBPK yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) mendapat elaun EMBPK.
Mengemas kini maklumat murid dalam Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) dan Sistem Pengurusan Biasiswa dan Bantuan Kewangan Bersepadu (iSAFE).
Maklumat EMBPK seperti agihan, peruntukan dan perbelanjaan mengikut Surat Pekeliling Kewangan yang sedang berkuat kuasa dimaklumkan kepada guru dan ibu bapa/ penjaga.
Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan borang permohonan EMBPK (Lampiran A) diisi oleh ibu bapa/ penjaga.
Pengeluaran EMBPK hendaklah disertai dengan borang permohonan (Lampiran B).
Maklumat EMBPK direkodkan dan dikemas kini.
Kebajikan, Kesihatan, Keselamatan dan Keceriaan : Perkhidmatan kebajikan, kesihatan, keselamatan dan keceriaan disediakan untuk memastikan kesejahteraan MBPK.
Rekod kesihatan MBPK diurus dengan sistematik dan kemas kini.
Maklumat berkaitan penyakit yang berjangkit disebar luas untuk memberi kesedaran dan membolehkan masalah ditangani segera.
Program kesihatan, denggi, tandas, keselamatan dan keceriaan dirancang serta dilaksanakan.
Program kesihatan, denggi, tandas, keselamatan dan keceriaan dipantau.
Program kesihatan, denggi, tandas, keselamatan dan keceriaan kesihatan didokumentasi.
Program kesihatan, denggi, tandas, keselamatan dan keceriaan dianalisis untuk penambahbaikan.
Pembentukan Sahsiah MBPK : Pembentukan sahsiah MBPK disediakan untuk memastikan kesejahteraan murid.
Dirancang melibatkan pemupukan nilai keseluruhan MBPK.
Dilaksanakan sesuai dengan keperluan MBPK.
Dinilai dan dianalisis bagi tujuan penambahbaikan program/ aktiviti.
Dipantau secara terancang.
Didokumentasi dan dikemas kini.
Pengurusan Sukan MBPK : Program sukan diurus untuk mengesan dan memperkembangkan bakat serta potensi MBPK ke arah pencapaian dan peningkatan sukan pendidikan khas.
Merancang pelibatan MBPK dalam aktiviti/ program sukan dengan mengambil kira minat dan potensi MBPK secara menyeluruh.
Memastikan semua MBPK terlibat dalam aktiviti/ program sukan.
Melaksanakan pemantauan terhadap aktiviti/ program sukan MBPK.
Memastikan aktiviti/ program sukan MBPK dilaksanakan bersama-sama murid-murid arus perdana.
Aktiviti/ program lengkap didokumentasi dan dikemas kini.
Pengurusan Badan Beruniform dan Persatuan : Badan beruniform dan persatuan diurus untuk memastikan pelibatan MBPK secara menyeluruh.
Mengambil kira perancangan strategik, potensi dan minat MBPK serta pembangunan sahsiah MBPK.
Dirancang selaras dengan perancangan kokurikulum sekolah dan berjadual.
Menggalakkan pelibatan aktiviti kokurikulum (badan beruniform dan persatuan) bersama-sama murid arus perdana.
Pelibatan aktiviti kokurikulum (badan beruniform dan persatuan) selaras dengan keupayaan MBPK.
Pemantauan aktiviti kokurikulum (badan beruniform dan persatuan) dilaksanakan.
Pencapaian MBPK dianalisis selaras dengan keupayaan MBPK.
Aktiviti kokurikulum (badan beruniform dan persatuan) didokumentasi dan dikemas kini.
Pengurusan Penilaian Kegiatan Sukan dan Kokurikulum : Penilaian diurus untuk mengesan pencapaian MBK dalam sukan dan kokurikulum.
Dinilai dalam aktiviti sukan dan kokurikulum (unit beruniform dan persatuan) berdasarkan minat dan potensi MBPK.
Dianalisis bagi merancang program pengukuhan terhadap pembangunan fizikal, sosial, sahsiah dan emosi MBPK.
Dimaklumkan kepada warga sekolah dan ibu bapa/ penjaga MBPK.
Diberikan pengiktirafan berdasarkan penilaian semasa.
Direkodkan dan dikemas kini secara sistematik.
Guru Sebagai Perancang : Guru merancang pelaksanaan PdPc secara
profesional dan sistematik.
Menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran dan menyediakan sumber pendidikan mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa.
Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan:
menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai.
menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc.
menyediakan ABM/ BBM/ BBB/ TMK.
Guru Sebagai Pengawal (Proses Pembelajaran) : Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang.
Mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan dalam PdPc.
Guru mengawal proses pembelajaran dengan:
mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang.
mengelola masa PdPc selaras dengan aktiviti pembelajaran.
memberi peluang kepada penyertaan murid.
Guru Sebagai Pengawal (Suasana Pembelajaran) : Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang.
Mengawasi komunikasi dan perlakuan murid, menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan mengikut kesesuaian dan keperluan, secara berhemah, menyeluruh dan berterusan.
Guru mengawal suasana pembelajaran dengan
mengawasi komunikasi murid dalam PdPc.
mengawasi perlakuan murid dalam PdPc.
menyusun atur kedudukan murid.
mewujudkan suasana
Guru Sebagai Pembimbing : Guru membimbing murid secara profesional dan terancang.
Memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan menggunakan sumber pendidikan serta menggabung jalin isi pelajaran dengan kemahiran/ mata pelajaran lain mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat, secara berhemah dan bersungguh-sungguh.
Guru membimbing murid dengan :
memberi tunjuk ajar/ tunjuk cara/ panduan menguasai isi pelajaran/ konsep/ fakta berkaitan pelajaran.
memberi tunjuk ajar/ tunjuk cara/ panduan menguasai kemahiran dalam aktiviti pembelajaran.
memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran.
memandu murid menggunakan/ memanfaatkan sumber Pendidikan berkaitan pelajaran
menggabung/ merentas/ mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk/ unit/ tema/ nilai/
kemahiran/ mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran.
Guru Sebagai Pendorong (Minda) : Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang.
Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif (mengikut tahap keupayan murid) dan membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untukmurid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri berdasarkan objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara berterusan.
Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan :
merangsang murid berkomunikasi (lisan/ bahasa Isyarat).
merangsang murid berkolaboratif dalam aktiviti pembelajaran.
mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif (mengikut tahap keupayaan murid).
mengajukan soalan/ mewujudkan situasi yang menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
mewujudkan peluang untuk murid memimpin
menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran.
menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.
Guru Sebagai Pendorong (Emosi) : Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang.
Memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid secara berhemah, menyeluruh dan berterusan.
Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan :
memberi pujian/ galakan terhadap perlakuan positif.
memberi penghargaan terhadap hasil kerja/ idea yang bernas.
memberi keyakinan dalam mengemukakan soalan/ memberi respons.
prihatin terhadap keperluan murid.
Guru Sebagai Penilai : Guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang.
Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran, menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan, memberi tugasan, membuat refleksi serta menyemak hasil kerja murid berdasarkan objektif pelajaran, mengikut ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa, secara menyeluruh dan berterusan.
Guru melaksanakan penilaian dengan :
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc.
menjalankan aktiviti pemulihan/ pengayaan dalam PdPc.
memberi latihan/ tugasan berkaitan pelajaran
membuat refleksi PdPc.
menyemak/ menilai hasil kerja/ gerak kerja/ latihan/ tugasan.
Murid Sebagai Pembelajar Aktif : Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan.
Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah.
Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran dengan :
memberi respons berkaitanisi pelajaran.
berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif.
memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran.
mengemukakan soalanberkaitan isi pelajaran.
mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid/ isu lokal/ global.
membuat keputusan/ menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran.
Kemenjadian MBPK dalam perancangan RPI : Kemenjadian MBPK berdasarkan RPI tahun semasa.
% daripada jumlah keseluruhan MBPK menunjukkan peningkatan berdasarkan matlamat RPI pada tahun sebelum.
Kemenjadian MBPK PPKI ke PPI : MBPK PPKI mengikuti PPI (Inklusif Penuh/ Inklusif Separa) bagi tahun semasa.
% MBPK PPKI mengikuti Program Pendidikan Inklusif.
Penghargaan dan Pengiktirafan : Pemberian penghargaan dan pengiktirafan bagi tahun semasa.
% daripada jumlah keseluruhan MBPK menunjukkan peningkatan dalam akademik/ kokurikulum/ sukan/ kesenian dan menerima pengiktirafan.
Pensijilan (rendah dan menengah) dan Pentauliahan (menengah) : Pemberian penyertaan pensijilan (rendah dan menengah) bagi tahun sebelum.
% daripada jumlah keseluruhan MBPK yang layak menyertai/ terlibat dalam peperiksaan awam sekolah - PAPR/ PASM/ SPM/ SKM
Pensijilan (rendah dan menengah) dan Pentauliahan (menengah) : Pemberian penerimaan pensijilan (rendah dan menengah) dan pentauliahan bagi tahun sebelum.
% daripada jumlah keseluruhan MBPK yang layak menerima sijil dalam peperiksaan awam sekolah - PAPR/ PASM/ SPM/ SKM
Kemenjadian MBPK Dalam Sukan/Permainan : Kemenjadian pencapaian MBPK dalam sukan/permainan bagi tahun semasa.
Semua MBPK menjadi ahli rumah sukan di peringkat sekolah.
Sekurang-kurangnya seorang MBPK mewakili sekolah/ daerah/ negeri/ negara dalam mana-mana pertandingan/ aktiviti/ program.
Kemenjadian MBPK Dalam Kokurikulum (kelab/ persatuan) : Kemenjadian pencapaian MBPK dalam kokurikulum (kelab/persatuan) bagi tahun semasa.
Semua MBPK menjadi ahli kelab/ persatuan di peringkat sekolah.
Sekurang-kurangnya seorang MBPK mewakili sekolah/ daerah/ negeri/ negara dalam mana-mana pertandingan/ aktiviti/ program.
Kemenjadian MBPK dalam kokurikulum (badan beruniform) : Kemenjadian pencapaian MBPK dalam kokurikulum (badan beruniform) bagi tahun semasa.
Semua MBPK menjadi ahli badan berunifom di peringkat sekolah.
Sekurang-kurangnya seorang MBPK mewakili sekolah/ daerah/ negeri/ negara dalam mana-mana pertandingan/ aktiviti/ program.
Kemenjadian MBPK Dalam Kokurikulum (extrakurikulum) : Kemenjadian pencapaian MBPK dalam kokurikulum (extrakurikulum) bagi tahun semasa.
Semua MBPK terlibat dalam pertandingan/ aktiviti/ program extrakurikulum di dalam kelas PPKI.
Sekurang-kurangnya seorang MBPK mewakili sekolah/ daerah/ negeri/ negara dalam mana-mana pertandingan/ aktiviti/ program.
Kemenjadian Sahsiah MBPK (kehadiran) : Kehadiran MBPK ke sekolah bagi tahun semasa.
MBPK mencapai ____% kehadiran.
Kemenjadian Sahsiah MBPK (salah laku) : MBPK terlibat dalam kes salah laku bagi tahun semasa.
Kes R-ringan (contohnya: datang lewat, membawa telefon bimbit, penampilan murid)
Kes S-sederhana (contohnya: vandalisme, keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran, kesalahan ringan yang sama kali tiga (3).
Kes B-berat (contohnya: ponteng, merokok, buli, cabul, melakukan kesalahan sederhana kali tiga (3).
% tiada masalah kes salah laku bagi MBPK bagi tahun semasa.
Kemenjadian Sahsiah MBPK (kepimpinan) : Kemahiran kepimpinan MBPK bagi tahun semasa.
MBPK dilantik dalam kepimpinan sekolah (Pengawas/ pengawas pusat sumber sekolah/ pembimbing rakan sebaya/ pengawas skim pinjaman buku teks dan lain-lain).
MBPK dilantik dalam kepimpinan sekolah (ketua kelas/ Jawatankuasa Induk Kelas/ Persatuan/ kelab/ badan beruniform).
MBPK dilantik dalam kepimpinan sekolah (penolong ketua kelas/ Jawatankuasa Induk Kelas/ Persatuan/ kelab/ badan beruniform).
Kemahiran Bersosial MBPK : Kemahiran bersosial MBPK bagi tahun semasa.
% daripada jumlah keseluruhan MBPK boleh menyertai aktiviti/ program (rehat di kantin, menyertai perhimpunan, sukan) yang dilaksanakan bersama rakan sebaya dan murid arus perdana.
Dapat menunjukkan dokumentasi aktiviti/ program yang dinyatakan.
Penampilan MBPK : Penampilan MBPK bagi tahun semasa
Keseluruhan MBPK dapat:
Menjaga kesihatan diri.
Mengamalkan kebersihan.
Mengamalkan kekemasan diri.
Beradab.
Bertatasusila.