Membina murid yang memiliki kekuatan dari segi keterampilan minda, kecergasan jasmani, kemantapan rohani, kecerdasan emosi dan kemahiran sosial.
Menyeimbangkan perkembangan mental, jasmani dan rohani murid.
Membentuk watak sekolah.
Penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.
Memantapkan pelaksanaan kokurikulum sekolah.
Membina semangat ketahanan fizikal, mental dan jasmani.
1. Semua persatuan, kelab dan unit beruniform didaftarkan berserta dengan perlembagaan persatuan dan permohonan menjadi ahli.
2. Aktiviti yang dijalankan melibatkan semua murid Tahap 2.
3. Murid diberi peluang untuk mengendalikan aktiviti dengan pemantauan guru kecuali yang melibatkan kewangan.
4. Nilai-nilai untuk membina semangat berpasukan dan kekitaan diterapkan kepada murid melalui pertandingan antara kumpulan, pasukan dan rumah sukan.
5. Semua aktiviti dibuat mengikut perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan laporan.
6. Semua murid didedahkan dan diperkenalkan kepada semua jenis sukan dan permainan, sesuai dengan dasar sukan untuk semua dan dasar 1 Murid 1 Sukan serta memastikan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.
7. Aktiviti luar sekolah diadakan sekurang-kurangnya satu kali bagi setiap persatuan, kelab dan unit beruniform.
8. Aktiviti perkhemahan ataupun Hari Kokurikulum dijalankan dengan melibatkan semua murid tahap 2 untuk menguji kemahiran belajar.
9. Perancangan dibuat bagi persediaan motto ‘Bertanding Untuk Menang’ bukan untuk pendedahan.
10. Majlis dan aktiviti perhimpunan dikendalikan oleh murid.
11. Semua aktiviti menjurus kepada member cabaran, semangat daya juang dan daya tahan.
12. Kebenaran ibu bapa dan Sekolah Agama dibuat dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan di luar sekolah melalui surat akuan kebenaran dan hanya terpakai bagi aktiviti yang mempunyai punca kuasa sama ada daripada PPD, JPN ataupun KPM.
13. Sekiranya menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa murid, guru hendaklah melengkapkan borang kebenaran membawa murid dan disahkan oleh Guru Besar.