Kraf Kreatif merupakan seni pembuatan produk berfungsi sama ada menggunakan tangan atau menggunakan peralatan. Aktiviti ini melibatkan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk dengan menggabungkan elemen tradisional dan moden. Seni Kraf ini dapat mencerminkan budaya, identiti dan kreativiti pengkarya. Kraf ini juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan boleh menjadi sumber pendapatan. Pelajar akan dapat mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan Kraf Kreatif dalam penghasilan karya dengan menggabungkan teknologi pembelajaran digital terkini.
Program : Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda
Kursus : Kraf Kreatif
Kod : PSVK1133
Semester : Semester III
Tahun : Tahun 1
CLO/HPK 3:
Melaksana persembahan kraf yang sesuai berdasarkan produk kraf kreatif yang dihasilkan menggunakan digital (C3, A5, HP2, HP5, KKG8, KMK 4, KMK13)
Hasrat Pembelajaran :
Saya belajar menghasilkan produk kraf dengan menggunakan gabungan perisian untuk persembahan yang dipilih.
Kriteria Kejayaan :
Saya dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan perisian untuk persembahan yang dipilih.
Big Idea (TBI) : Guru Madani Menjamin Kesejahteraan Insan
PERBINCANGAN MENGENAI JENIS JAHITAN YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN PADA BONEKA
KARYA BONEKA DIPAMERKAN DI GALERI MAYA