Maklumat Ringkas
SMK Pauh Jaya
AIM FOE EXCELLENCE
AIM FOE EXCELLENCE
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Berilmu, Beriman, Berwawasan
Biru - Perpaduan.
Maroon - Warna sekolah.
Kuning - Kedaulatan dan mewakili salah satu warna bendera Pulau Pinang.
Putih - Suci dan bersih.
Logo Berbentuk Oval - Nama dan moto sekolah mengelilinginya memberi makna bahawa usaha menuntut ilmu tiada batas dan sempadan masa, juga menggambarkan globalisasi.
Bentuk 4 Oval Bertindih - Menunjukkan pendidikan bertaraf dunia dengan tumpuan utama kepada sains dan teknologi serta penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi. la juga menggambarkan hubungan manusia dengan alam. Pandangan sisi kelihatan otak manusia yang melambangkan pelajar yang berketerampilan dan serba boleh.
Buku - Melambangkan penghayatan kepada Al-Quran agar ilmu yang dituntut merupakan ilmu yang bermanfaat dan diamalkan berlandaskan keimanan selaras dengan FPN. Melambangkan pengekalan ciri-ciri tradisional yang baik dan ulung dalam usaha menuntut ilmu.
Lima Bulatan Bertindih - Menunjukkan bahawa sekolah bukan sahaja menumpukan perhatian kepada bidang kurikulum malah ko kurikulum juga diutamakan demi melahirkan insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Angka 2002 - Menunjukkan tarikh sekolah mula beroperasi.
BERILMU - Guru mendidik dan membimbing pelajar supaya menjadi pelajar yang berketerampilan.
BERIMAN - Pelajar menjadi manusia yang cemerlang dan ilmu yang diperolehi ini akan diamalkan ke jalan yang benar.
BERWAWASAN - Pelajar akan melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara berlandaskan keimanan sejati.
Lagu Rasmi SMK Pauh Jaya ( Official Lyric Visualizer )
Semangat Mencintai Kejayaan Hakiki,
Memburu Cita Murni Membina Generasi,
Taat Pada Agama Cintakan Negara,
Berilmu, Beriman, Berwawasan.
Membentuk Anak Bangsa Berakhlak Mulia,
Cergas Jasmani Suci Murni Rohani,
Guru Bagai Ibu Ayah Seia Sekata,
Lahirlah Kami Insan Sempurna Jiwa.
SMK Pauh Jaya Sekolah Yang Berjasa,
Membentuk Ke Arah Jaya,
SMK Pauh Jaya Sekolah Yang Ku cinta,
Hidup Insan Cemerlang Dunia Akhirat.
Semangat Mencintai Kejayaan Hakiki,
Memburu Cita Murni Membina Generasi,
Taat Pada Agama Cintakan Negara,
Berilmu, Beriman, Berwawasan.
Taman Pauh Jaya, 13700, Perai, Pulau Pinang
SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAUH JAYA telah dibina awal tahun 2001. Sekolah ini mempunyai empat blok bangunan empat tingkat dan menggunakan blok A sebagai blok pentadbiran. Mesyuarat guru pada 26 Disember 2001 merupakan pertemuan pertama di antara guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah.
Pada 3 Januari 2002, mesyuarat kurikulum pertama diadakan dan mesyuarat itu dipengerusikan oleh TN.HJ. SAMSUDDIN BIN AYOB selaku pengetua "sulung" sekolah ini. Pada 7 Januari 2002, sekolah ini mula menerima kumpulan pertama warga pelajarnya. Dalam bidang kokurikulum pula, SMK Pauh Jaya bermula dengan enam kelab dan persatuan, empat kelab permainan dan empat badan beruniform.
Seterusnya pada tanggal 14 Jun 2004, SMK Pauh Jaya telah menerima pengetua baharu iaitu TN.HJ. ABDUL JALIL BIN ABDULLAH dan menggantikan Tn. Hj Samsuddin yang bertukar ke SMK Bakti. Setelah hampir tiga tahun di bawah pentadbiran Tn. Hj Abdul Jalil, SMK Pauh Jaya sekali lagi bertukar pengetua setelah Tn. Hj. Abdul Jalil ditukarkan ke SMK Taman Inderawasih pada 30 Januari 2007.
Pada Januari 2007, SMK Pauh Jaya telah menerima pengetua baharu iaitu PN.HJH. CALSOM BINTI IBRAHIM. Pada 24 Oktober 2009, beliau pula bertukar ke SMK Dato' Onn setelah hampir tiga tahun menerajui kepimpinan SMK Pauh Jaya dengan membawa pelbagai perubahan yang positif.
PN. SUIBAH BINTI SULAIMAN menjadi pengetua yang keempat dan telah berkhidmat selama lima tahun bermula penghujung tahun 2009 sehingga Jun 2014 dan telah dinaikkan pangkat menjadi pengetua cemerlang dan berpindah ke SMK Seberang Jaya.
SMK Pauh Jaya kemudiannya ditadbir oleh TN.HJ. ZAINAL ABIDIN BIN YAACOB iaitu mantan pegawai JPN Pulau Pinang dari Sektor Jaminan Kualiti yang telah memulakan perkhidmatan di SMK Pauh Jaya pada 30 Jun 2014 dan bergandingan dengan barisan pegurusan sekolah untuk meningkatkan prestasi dalam segenap segi ke arah merealisasikan misi dan visi SMK Pauh Jaya. Beliau kemudian menamatkan perkhidmatan secara bersara wajib pada 12 April 2018.
Pada April 2018, SMK Pauh Jaya kemudiannya diterajui oleh EN. WAN MOHD AMIR BIN MAT REJAB dari SMK Dato' Onn, Butterworth. Beliau kemudian ditukarkan ke SMK Bakti pada 8 Mac 2021.
Seterusnya, EN. AZHAN BIN ABDULLAH, PK Pentadbiran dari SMK Sama Gagah dilantik menjadi pengetua baharu bermula 5 April 2021. Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai KPPK TVET, JPNPP pada 1 Jun 2023.
Selanjutnya, SMK Pauh Jaya diterajui oleh PN. SURIYATI BINTI MOHD HUSSAIN dari SMK Abdullah Munshi bermula dari 9 Oktober 2023 sehingga 29 Februari 2024.
Kini, SMK Pauh Jaya diterajui oleh PN. MA'WAN RASHIDAH BINTI MOHAMED ISMAIL dari SMK Sama Gagah bermula 1 Mac 2024. Pada tahun ni SMK Pauh Jaya mempunyai 50 orang guru dan 8 orang staf yang bersama-sama memastikan SMK Pauh Jaya menjadi sekolah yang terbilang dan gemilang. InsyaAllah SMK Pauh Jaya terus menjadi sekolah pilihan ramai pelajar untuk menimba ilmu pada masa akan datang.