GPM
[ Guru Perpustakaan & Media ]
[ Guru Perpustakaan & Media ]
Dilantik sebagai GPM pada 01 September 2016 bagi menggantikan Pn. Norzatul Shima binti Abdul Malik. Antara pencapaian yang telah beliau capai ketika sedang menjawat jawatan ini diantaranya, ialah berjaya menukarkan sistem perpustakan yang secara manual kepada sistem perpustakaan berasaskan sistem komputer, iaitu S-Lib. Selain itu beliau juga memastikan persekitaran perpustakaan di dalam keadaan yang selesa bagi memastikan pelajar dapat membaca buku dan menyelesaikan tugas dengan sempurna. Pada tahun 2022, sebuah saluran YouTube rasmi TV PSS SMKPJ telah dibangunkan oleh beliau untuk memastikan semua warga SMKPJ dapat mengakses maklumat terkini berkaitan sekolah. Beliau juga telah menjadi guru pengiring kepada beberapa pelajar dan diantaranya telah memenangi tempat kedua pertandingan Pengkarya Muda Peringkat Daerah Pulau Pinang pada tahun 2024. Antara jawatan yang masih beliau pikul pada tahun ini ialah, Guru Perpustakaan & Media (GPM), Guru Pengawas PSS dan Bendahari PIBG.