PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


1.Disiplin yang kental 

KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salahguna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa.


2.Pegang teguh kepada agama

KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga.


3.Cinta akan negara

Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan.


4.Sanggup berkorban

KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman. kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar sera berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.