PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL)
NEGERI SEMBILAN
PROGRAM PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL)
NEGERI SEMBILAN
Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) merupakan satu pentaksiran yang menguji kebolehan murid dalam KBAT melalui item mirip TIMSS, PISA DAN SEA-PLM. Item yang dibangunkan untuk PKL diadaptasi dari kerangka pentaksiran dan item boleh edar TIMSS dan PISA.
PKL SIRI 2 TAHUN 2025 akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Sekolah sampel kebangsaan : 8 Julai - 24 Ogos 2025
Sekolah sampel negeri : 8 Julai - 21 September 2025
Sekolah WIRA KBAT adalah 11 buah sekolah yang terpilih bagi menjalani program WIRA KBAT. Wira KBAT merujuk kepada penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Murid yang berkompetensi tinggi akan membimbing rakan dan menjadi model teladan. Bahan Sumber ini dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk membantu guru berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdPc. Selain itu juga ia membantu murid melaksanakan latihan berunsurkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Sekolah Bimbingan PKL ialah sekolah yang terpilih dalam program umum Kunjung Bimbing Mentor bagi mengkaji isu tertentu seperti Status Sosio Ekonomi Murid antara bandar dan luar bandar, pelaksanaan dan pentadbiran PKL serta bimbingan penskoran dan sebagainya.