Pentaksiran Keterampilan Literasi (PKL) Negeri Sembilan dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan murid dalam empat domain utama literasi iaitu Literasi Bacaan, Literasi Kewangan, Literasi Matematik, dan Literasi Saintifik. Pelaksanaan ini merangkumi murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga Tahun 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4).
Tujuan utama pentaksiran ini adalah untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang keupayaan murid dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam situasi harian sebenar. Ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid yang celik literasi dan mampu membuat keputusan secara rasional dan beretika.
Pelaksanaan PKL ini juga bertujuan menyokong persediaan murid Malaysia menghadapi pentaksiran antarabangsa. Melalui PKL, pihak sekolah, PPD dan JPN dapat merancang intervensi yang lebih berfokus bagi menutup jurang penguasaan dan meningkatkan pencapaian murid di peringkat global.
SILA TEKAN PADA IKON
anda akan dibawa ke halaman seterusnya