Tema
Kegigihan dan cabaran seorang anak muda dalam memajukan syarikat batik.
Farid seorang remaja berumur 19 tahun terpaksa mengambil alih syarikat batik selepas kematian ayahnya. Dia terpaksa menempuh segala cabaran termasuklah berhadapan dengan hutang syarikat dan perbuatan sabotaj dalam usaha melunaskan hutang dan mengembangkan syarikatnya. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak termasuklah keluarga, pekerja Syarikat Batik Nusantara, bekas pekerja Syarikat Batik Nusantara dan rakan-rakan, dia berjaya mengatasinya.
Watak dan Perwatakan
Watak utama
Farid
Berumur 19 tahun.
Anak kepada Haji Badrul dan Hajah Zaoyah.
Mengambil alih perniagaan batik selepas kematian ayahnya.
Memegang jawatan sebagai pengarah urusan.
Seorang yang peramah - Farid bersikap ramah terhadap pekerja-pekerjanya.
Seorang yang baik hati - Farid baik hati apabila tidak berdendam dengan Mukhtar.
Seorang yang tabah - Farid tabah apabila bangsal batik moden yang baru mula beroperasi hangus terbakar. Dia menganggap musibah tersebut sebagai takdir dan ujian daripada Tuhan.
Seorang yang bijak Farid bijak menyusun strategi untuk memperbesar Syarikat Batik Nusantara.
Seorang yang pemaaf.
Seorang yang mementingkan kesederhanaan dalam hidup.
Seorang yang taat dan patuh pada ajaran agama.
Usahawan muda yang optimis, berbakat, dinamik dan progresif.
Watak sampingan
Mokhsein
Bertubuh tegap, berwajah bulat dan tampan.
Pemilik firma Nadi Zaman.
Bekas pekerja Syarikat Batik Nusantara.
Seorang yang mengenang budi Mokhsein amat menyanjungi dan mengenang budi Haji Badrul, iaitu ayah Farid yang telah memberi tunjuk ajar kepadanya tentang dunia perniagaan. Setelah kematian Haji Badrul, dia membantu Farid dari segi kepakaran, idea dan motivasi untuk Farid membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.
Nilai
Ketabahan Farid tabah mengharungi cabaran dalam memajukan Syarikat Batik Nusantara.
Mengenang budi - Mokhsein mengenang budi Haji Badrul, iaitu ayah Farid dan sentiasa membantu Farid dalam membangunkan semula perniagaan arwah ayahnya.
Kebijaksanaan Farid bijak mengatur strategi untuk membangunkan Syarikat Batik Nusantara.
Kerjasama Farid, Tomsiah, Mokhsein, Zuraida, Hayati dan lain-lain bekerjasama membangunkan Syarikat Batik Nusantara.
Baik hati Zuraida menolong Farid dengan menjual batik keluaran syarikat Farid di gerai miliknya tanpa mengharapkan sebarang upah.
Kasih sayang Hajah Zaoyah amat sayang akan anak-anaknya. Dia meminta bantuan Nik agar membuat laporan polis mengenai surat layang berbaur ugutan kerana risau keselamatan Farid dan keluarganya.
HEMPASAN OMBAK
KARYA
ZAILIANI TASLIM
Sinopsis
Novel Hempasan Ombak ini mengisahkan Farid yang terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara selepas kematian ayahnya, Haji Badrul. Farid pada masa itu baru berusia sembilan belas tahun terpaksa berdepan dengan masalah hutang syarikat. Keadaan syarikat selepas kematian ayahnya mula merosot. Farid banyak mempelajari selok-belok dunia perniagaan melalui kerani ayahnya yang setia, iaitu Tomsiah. Bagi menyelamatkan perniagaan batik, Hajah Zaoyah mencadangkan untuk menggadaikan emas dan tanah pemberian suaminya. Farid telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan semua pekerja di Syarikat Batik Nusantara untuk membincangkan pelbagai agenda dan masalah yang dihadapi. Kemudian, Farid telah berjumpa dengan Mokhsein, iaitu bekas pekerja di syarikat milik ayahnya satu ketika dahulu. Farid berbincang beberapa perkara penting dengan Mokhsein dan Mokhsein berjanji akan membantunya. Kemudian, Farid berjumpa dengan Zuraida, iaitu rakan lamanya yang mengusahakan gerai pakaian kecil-kecilan. Kemudian, Hartini Noor, iaitu adik sepupu Mokhsein bekerja di Syarikat Batik Nusantara bagi membantu Farid mengukuhkan semula syarikat tersebut melalui pembaharuan kepada batik yang lebih moden bagi memenuhi cita rasa pengguna semasa. Hal ini menimbulkan rasa cemburu di hati Zuraida terhadap Farid dengan Hartini
Walau bagaimanapun, setelah Farid menjelaskan hubungannya dengan Hartini hanyalah sekadar pekerja dan menganggap Hartini sebagai kakaknya, hubungan Farid dan Zuraida kembali pulih. Sementelahan Hartini juga telah bertunang Konflik juga timbul apabila Farid menerima surat layang berbaur ugutan supaya dia memutuskan hubungan dengan Zuraida dan batik-batik moden yang dikeluarkan syarikatnya juga dilarang menguasai pasaran. Tidak lama kemudian, Mahmood, iaitu pekerja Syarikat Batik Rajawali membuat onar di syarikat Farid apabila mengetahui dua orang pekerja dari Syarikat Batik Rajawali, iaitu Azmi dan Masri bekerja untuk syarikat Farid. Rentetan daripada itu, keluarga Farid dikejutkan dengan kebakaran di bangsal batik moden. Hasil siasatan mendapati terdapat unsur sabotaj dan dalangnya ialah Mukhtar, iaitu pernilik Syarikat Batik Rajawali yang juga bapa saudara Zuraida. Mukhtar telah dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun di Penjara Marang Seterusnya, Farid dan Zuraida menyertai Mokhsein dan isterinya untuk menghadiri majlis perkahwinan Hartini di Kuantan.
Persoalan
1.Pegangan agama yang kukuh
Farid mengimamkan solat berjemaah dengan ahli keluarganya.
2.Semangat kerjasama dalam memajukan syarikat
Farid, Tomsiah, Mokhsein, Zuraida, Hartini dan lain-lain bekerjasama untuk membangunkan semula perusahaan Syarikat Batik Nusantara.
3. Perancangan yang sistematik dalam membangunkan syarikat
Farid selaku pengarah urusan membuat perancangan yang sistematik dengan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan agenda dan masalah.
4.Perasaan dengki terhadap orang lain
Mukhtar, iaitu pemilik Syarikat Batik Rajawali bersikap dengki terhadap keluarga Haji Badrul.
5.Kebijaksanaan dalam mengatasi masalah
Farid bijak membuat strategi dengan menghasilkan keluaran batik moden sesuai dengan cita rasa pengguna
Pengajaran
Kita hendaklah taat akan perintah Tuhan.
Farid sering mengimamkan solat berjemaah di rumahnya.
2. Kita hendaklah menjauhi sikap iri hati terhadap kejayaan orang lain. Tindakan Mukhtar mengupah tiga orang samseng untuk membakar bangsal batik moden adalah tidak wajar. Dia akhirnya ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun di Penjara Marang.
3. Kita hendaklah berani berhadapan dengan risiko dalam perniagaan.
Farid berani menghadapi risiko untuk membangunkan semula syarikat milik arwah ayahnya.
4. Kita hendaklah mengenang budi orang lain dengan menghulurkan bantuan disaat orang memerlukan.
Mokhsein menghulurkan bantuan kepada anak Haji Badrul, iaitu Farid dalam memulihkan syarikat ayahnya.
5. Kita mestilah tabah apabila diuji dengan musibah dan masalah.
Farid begitu tabah meskipun bangsal batik moden yang baru memulakan operasi terbakar angkara sabotaj.