TEMA
Novel ini mengutarakan tema semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.
1) Datuk Bahaman
Watak utama yang merupakan seorang pahlawan dan orang kaya Semantan
Seorang pembesar neegri dan mempunyai 2 orang anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
Seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah seperti mana dia bertanggungjawab menjaga kedaulatan Semantan daripada penjajah
Seorang yang berani kerana telah melawan musuh seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung di Semantan
Seorang yang tidak mementingkan pangkat. Datuk Bahaman tidak kisah apabila gelaran dan pangkatnya ditarik semula oleh Sultan dan meneruskan perjuangan menentang pihak Inggeris
2) Zahid
Pembantu kepada Datuk Bahaman dan berkawan rapat dengan Samad, Rahman dan Awang Muhammad
Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi kerana walaupun umurnya masih muda tetapi dia tetap mengangkat senjata apabila diancam oleh pihak Inggeris
Seorang yang patuh kepada ajaran agama. Contohnya, selepas solat, dia akan berdoa kepada Tuhan supaya memeberkati perjuangannya menentang penjenayah
Seorang yang bijak menentang musuh. Zahid berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris
3) Samad
Merupakan kawan kepada Zahid, Rahman dan Awang Muhammad
Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana memebawa rotan
Seorang yang bijak dalam mengatur strategi. Samad telah melarang rakan-rakannya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh
Seorang yang pandai menyimpan rahsia. Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar
Patriotisme : Zahid, Datuk Bahaman dan penduduk di Semantan berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka
Hormat-menghormati : Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh menghormati Datuk Bahaman sebagai ketua dan akur dengan arahannya
Keberanian : Datuk Bahaman berani untuk terjun ke dalam air dan mengejar musuhnya
Patuh pada ajaran agama : Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa supaya diberi pertolongan dalam menentang penjajah
Kerjasama : Lajis yang bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail
Rasional : Datuk Bahaman bersikap rasional apabila meminta penduduk Semantan untuk membuat perancangan dan persediaan sebelum melawan pihak Inggeris
DARAH TITIK SI SEMANTAN
KARYA
ARMAN SANI
Secara ringkas, novel ini mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang penjajahan Inggeris di Semantan. Datuk Bahaman dibantu pengikutnya seperti Zahid, Mat Lela, Imam Perang Weh, Awang Ishak dan Datuk Panglima Raja. Pada masa yang sama, Mat Kilau dan Tok Gajah juga merupakan penggrak kebangkitan rakyat di negeri Pahang untuk menentang penjajahan pihak Inggeris.
Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge antara watak penjajah yang sering menggugat keamanan bumi Semantan. Datuk Bahaman tidak berpuas hati apabila pihak Inggeris mencabuli perjanjian mereka dan E.A Wise membina rumah pasung di Lubuk Terua. Penduduk berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris. Berita ini sampai ke pemangku Residen British di Pahang, Hugh Clifford dan mendesak Sultan Pahang Melucutkan pangkat Datuk Bahaman. Sultan tidak bersetuju tetapi terpaksa akur.
Berlaku pertempuran antara pengikut Datuk Bahaman dan mata-mata serta askar sultan yang mengikut arahan pihak Inggeris. Selepas ramai pengikut Datuk Bahaman terkorban, beliau menghadap Sultan Pahang dan mendapat pengampunan sultan serta bebas daripada andaman pihak Inggeris. Mat Lela ragu-ragu dengan perkara tersebut dan akhirnya mereka dikhianati oleh askar-askar sultan apabila mereka menembak Mat Lela dan Awang Muhammad.
Mat Kilau telah membawa surat salinan pengampunan penduduk Semantan yang ditandatangan oleh sultan. Semua penduduk Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai oleh E.A Wise mencari Datuk Bahaman tetapi tidak dijumpai. Mereka bertindak untuk membakar rumah penduduk kampung dan membunuh beberapa penduduk. Datuk bahaman kembali ke Lubuk Terua dan membunuh musuhnya akibat kejadian tersebut. Datuk Bahaman kemudian bersatu dengan Tok Gajah dan Mat Kilau. Selepas kejadian tersebut, Zahid tidak bertemu lagi dengan mereka.
1) Persoalan keberanian penduduk tempatan untuk menentang penjajah
Datuk Bahaman kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan
2) Persoalan kerjasama dalam menghadapi musuh
Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk bahaman sedang menawan Lubuk Terua
3) Persoalan pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat
Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya perjuangannya diberkkati dan mendapat bantuan
4) Persoalan mendengar arahan ketua
Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris atas arahan Datuk Bahaman kerana bimbang tersasar kepada Sultan
5) Persoalan cinta akan negara
Rahmad dan rakan-rakannya berlatih menggunakan senjata demi mempertahankan tanah air mereka daripada penjajah
Sebagai seorang warganegara, kita seharusnya mempunyai semangat patriotik dan cinta akan negara supaya tidak dijajah oleh ancaman asing
Kita perlu berani menegakkan keadilan dalam kehidupan kerana kemenangan akan berpihak kepada mereka yang lebih berani
Kita seharusnya menghormati ketua di dalam sesebuah organisasi sebelum membuat apa-apa tindakan yang memberi kesan kepada organisasi tersebut
Kita digalakkan untuk bekerjasama dalam melakukan apa-apa tugas atau amanah agar tugasan tersebut dapat dilaksanakn dengan lebih mudah dan memberikan hasil terbaik