BULAN PANITIA BAHASA ARAB 2022/2023
Panitia Bahasa Arab menganjurkan Bulan Bahasa Arab pada bulan Januari 2023. Tujuan diadakan Bulan Bahasa Arab adalah melahirkan murid yang menguasai kemahiran asas Bahasa Arab dan mampu berkomunikasi menggunakan ayat-ayat mudah serta mengamalkan nilai-nilai murni. Selain itu, besar harapan kami agar dapat melahirkan generasi baharu yang menguasai lebih dari satu bahasa terutamanya bahasa Arab memandangkan ia merupakan bahasa Kalamullah.
Majlis Pelancaran Bulan Panitia Bahasa Arab telah diadakan pada hari Isnin, 9 Januari 2023 dengan kerjasama Panitia Bahasa Tamil dan Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Alhamdulillah majlis pelancaran bulan Panitia PJ-PK-BA-BT berjalan dengan lancar.
Antara program yang dijalankan sepanjang bulan Bahasa Arab ialah Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap Kreatif, Pertandingan Nyanyian Lagu Arab dan 1 Minggu 1 Kata-kata Hikmah.
Moga program kecil Bahasa Arab ini dapat menambahkan cinta murid-murid kepada Bahasa Arab dan akan meneruskan lagi menimba ilmu bahasa Arab selepas ini di peringkat yang lebih tinggi.