1. PENGENALAN
Program “Minggu SPBT” adalah program yang telah dirancang di dalam takwim Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun ini, program ini akan dilaksanakan selama seminggu bermula daripada 22 - 26 Julai 2024. Unit SPBT telah mengambil inisiatif ini bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan buku teks.
2. MATLAMAT
Matlamat program “Minggu SPBT” adalah untuk membimbing dan memupuk sifat mencintai dan menyayangi buku teks serta mencapai sasaran ke arah sifar kerosakan buku teks.
3. OBJEKTIF
i) Melantik Pengawas SPBT yang menjadi skuad dan pembantu guru-guru SPBT.
ii) Memberi kesedaran melalui kempen tentang kepentingan buku teks.
iii) Menyemai rasa sayang dan cintakan buku teks.
iv) Menyebarluaskan fungsi Klinik SPBT untuk memberi bantuan membaiki buku-buku rosak dan bermasalah.
v) Menyemak kebersihan buku teks di tangan murid.
vi) Mengenalkan dunia digital SPBT.
Maka, semua Pengawas SPBT telah dilantik secara rasminya.
Semoga semua Pengawas SPBT mampu menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin.