SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
SMK Bandar Baru Sungai Buloh (SMKBBSB) atau dikenali juga sebagai SEBARU mula beroperasi pada 1 Disember 1993 dengan jumlah murid seramai 980 orang. Kelas yang dibuka ketika itu ialah kelas peralihan, tingkatan satu, tingkatan dua, tingkatan tiga dan tingkatan empat. Seramai 44 orang guru yang bertugas dengan dipimpin oleh seorang Pengetua. SMKBBSB juga telah dinaiktaraf dari gred B ke Gred A pada tahun 1998. Kini, SMKBBSB diterajui di bawah pimpinan Puan Fatimah binti Resat.