Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh mula beroperasi pada 1 Disember 1993 dengan jumlah murid seramai 980 orang. Kelas yang dibuka ketika itu ialah kelas Peralihan, Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat. Seramai 44 orang guru yang bertugas dengan dipimpin oleh seorang Pengetua.
Seramai sembilan orang pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini iaitu :
1. Puan Hajjah Rahmah binti Hussein (Disember 1993 - November 1995)
2. Encik Mustafa bin Yunus (Disember 1995 - Jun 1998)
3. Datin Hajjah Kamsiah binti Sa’abin (Jun 1998 - September 1998)
4. Puan Hajjah Ramlah binti Haji Tahir (November 1998 - Mei 2006),
5. Encik Abdul Hakim bin Kassim (Jun 2006 November 2015)
6. Puan Zarina binti Abdul Rahman (Disember 2016 - 2017)
7. Datin (Oktober 2017 - Jan 2019)
8. Encik Abd Rashid bin Sarti (Jan 2019 - 2024)
9. Puan Fatimah binti Resat (2024 - kini)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah dinaiktaraf dari gred B ke Gred A pada tahun 1998. Bilangan murid pada ketika itu melebihi 1 500 orang dan sehingga mencapai bilangan tertinggi melebihi 2900 orang dalam tahun 2008.