Tahun: 4
Standard Pembelajaran (SP): 2.1.3 – Bernyanyi mengikut tempo
Tajuk: Tapak Sulaiman
Modul : Kemahiran Muzikal Nyanyian
Objektif Pengajaran:
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Mengenal tempo cepat dan lambat
Menyanyi lagu Tapak Sulaiman mengikut tempo
Menjawab kuiz tempo
Bahan Pengajaran:
Slide penerangan (Google Slides/Canva) – Penerangan tempo dalam nyanyian
Audio/video nyanyian lagu – Metronome, Lirik Lagu Tapak Sulaiman, video lirik Tapak Sulaiman
Kuiz interaktif – Liveworkssheets
Langkah-Langkah Pengajaran (30 minit):
Set Induksi (5 minit)
Permainan bergerak. Guru membunyikan metronome dengan perubahan tempo yang ketara. Murid diminta berlari setempat mengikut tempo. Guru membunyikan 4 perbezaan tempo.Tekan link ini untuk metronome atas talian.
2. Guru bertanya perasaan murid apabila bergerak mengikut tempo yang didengari. Guru mengaitkan dengan pembelajaran hari ini.
Aktiviti Pengajaran (20 minit)
Guru memperkenalkan murid-murid tentang tempo dalam nyanyian menggunakan slide.
2. Guru membuat imbas kembali lagu Tapak Sulaiman yang pernah dipelajari. Aktiviti ini diulang sehingga murid menguasai lagu dengan mengikut tempo yang betul.
3. Lagu Tapak Sulaiman dinyanyikan dengan perubahan tempo menggunakan metronom. Tekan link ini untuk mendapatkan metronome atas talian.
4. Latihan kefahaman.
Penutup (5 minit):
Guru memberikan kesimpulan pengajaran pada hari ini.