Penafian:
Semua bahan yang disediakan melalui laman ini adalah untuk tujuan rujukan dan pembelajaran sahaja. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk menilai kesesuaian dan keberkesanan bahan ini sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemilik laman tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan yang tidak sesuai atau di luar konteks asal.
RENJ DAN TESITURA SUARA KANAK-KANAK
Renj atau julat adalah jarak antara not yang terendah dan tertinggi.
Tesitura ialah renj yang boleh diterima dan paling selesa dinyanyikan oleh penyanyi.
Berikut merupakan contoh renj kanak-kanak mengikut usia:
Kanak-kanak umur 6 ke 7 tahun
Renj suara sesuai antara d' ke b'
Sesuai untuk latihan do-re-mi-so-la
Kanak-kanak umur 8 ke 9 tahun
Renj suara sesuai antara c' ke e'
Sudah boleh menghafal bentuk lagu dalam bentuk A B dan A B A
Kanak-kanak umur 10 ke 11 tahun
Renj suara sesuai antara bb' ke f''
Berdasarkan huraian di atas, adalah disarankan agar memberikan lagu yang bersesuaian dengan renj suara mengikut usia kanak-kanak bagi mengelakkan kerosakan suara.